Siapa Pengasas Akademi Super

Posted by

Jom kita kenali siapakah yang membuka dan mengasaskan Pusat Tuisyen Akademi Super.

IMG_20171221_094928

Beliau diberi nama Muhammad Afiq bin Ibrahim berasal dari Shah Alam dan merupakan anak sulung dari 4 orang adik beradik serta sudah mendirikan rumahtangga dan mempunyai seorang cahayamata. Beliau bermula sesi alam persekolahan di SK Menjalara, SK Raja Muda, SMKSSAAS dan seterusnya meneruskan pelajaran ke UiTM Lendu, Melaka dalam bidang Diploma Sains Kuantitatif dan menamatkan pelajaran pada tahun 2012 dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Sains Matematik di UiTM Shah Alam. Atas minat beliau dalam matematik, kini beliau sedang menyambung pelajaran dalam Ijazah Sarjana (Master) dalam bidang Matematik Pendidikan di UiTM secara separuh masa. 

Disebabkan minat yang mendalam dalam mengajar, beliau bekerja sebagai guru tuisyen mengajar subjek Matematik dan Matematik Tambahan secara separuh masa bermula tahun 2011 ketika masih lagi melanjutkan pelajaran. Setelah menamatkan pelajaran di UiTM pada tahun 2012, beliau bekerja di KUMON Education Centre sebagai Business Development Executive selama 6 bulan dan setelah tamat beliau meneruskan dalam bidang tuisyen secara sepenuh masa pula dengan bekerja hampir 10 tempat pusat tuisyen dan mengajar di rumah pelajar (Home Tuisyen). 

Sepanjang berkecimpung dalam bidang tuisyen, beliau pernah dijemput oleh Radio SinarFM sebagai guru jemputan untuk menerangkan tentang SPM dan pernah keluar dalam artikel suratkhabar Berita Harian dibawah tajuk Varsiti. 

Dengan berbekalkan ilmu dan pengalaman sepanjang bekerja di KUMON dan di pusat tuisyen, beliau mengasaskan dan membuka pusat tuisyen sendiri diberi nama ‘Pusat Tuisyen Akademi Super’ pada Disember 2014 dengan modal sendiri hasil usaha beliau sepanjang mengajar di pusat tuisyen dan home tuisyen. 

WhatsApp Image 2018-11-12 at 15.32.22

Antara profil beliau merupakan Ahli Persatuan Sains Matematik (PERSAMA) (No. Ahli : MS2018-7) dan merupakan antara terawal ditauliahkan Guru NLP oleh Akademi NLP Malaysia dibawah guru Cikgu K dan Cikgu Mus. Merupakan seorang Professional Learning Fasilitator dibawah kendalian Take Charge Sdn Bhd oleh guru, Tuan Rizal Hassan. 

Beliau masih meneruskan khidmat home tuisyen di sekitar Shah Alam, kepada ibu bapa yang berminat untuk mencari guru tuisyen matematik di Shah Alam boleh menghubungi beliau di talian 013-3493237 atau klik Whatsapp

14883_10200196482856210_1299823862_n.jpg