Tingkatan 2 : Kepelbagaian Organisma

Posted by

BIODIVERSITI / KEPELBAGAIAN ORGANISMA

BIODIVERSITY

Nota Istilah mudah faham
Bio = hidupan
Diversiti =  kepelbagaian
Kata dasar kepelbagaian = pelbagai / macam-macam

Organisma = benda hidup seperti haiwan dan tumbuhan dan mikroorganisma (hidupan kecil seperti kuman)

 

Vetebrata= tulang belakang
In =tak
Invetebrata = haiwan yg tidak bertulang belakang  seperti serangga, siput, cacing..(gambar di bawah)

inveteb
Invetebrata – haiwan yang tidak bertulang belakang

 

 

Kotiledon = bahagian dalam biji benih
Mono = 1
Di = 2

Monokotiledon = biji benih utk percambahan pokok hanya ada satu bahagian seperti pokok jagung
Dikotiledon – biji benih ada 2 bahagian kotiledon seperti biji rambutan atau kaxang tanahkalau digigit terbelah jadi dua

la-02-pokok-dan-palma-6-638

 

 

Terma = berkaitan suhu macam termometer (alat sukat suhu)
Poikilo = berubah suhu badan ikut persekitarannya
Homo = sama
Homoioterma = berdarah panas (mamalia, burung)
Poikiloterma =berdarah sejuk (ikan, reptilia, amfibia)
Amfibia (BI-amphibia)= haiwan hidup dua alam- air dan darat, berkulit lembap berdarah sejuk seperti katak, kodok

BIODIVERSITY
Amfibia

 

Reptilia (BI- reptiles) = haiwan bersisik dan kering hidup lebih di darat daripada di hidup di air dan berdarah sejuk seperti ular, biawak dan buaya

BIODIVERSITY
Reptilia

 


Terancam = bilangan organisma yg berkurang hampir pupus seperti panda, orang utan
Pupus =organisma yg tiada lagi di dunia ini seperti dinosor, burung dodo (gambar di bawah)

BIODIVERSITY
Model Burung Dodo dalam pameran merupakan burung yang telah pupus di dunia, salah satu karakter dalam filem Alice in Wonderland

Memelihara = menjaga yg sedia ada (bilangan organisma sama/ dijaga seperti hutan simpan)

BIODIVERSITY
Hutan simpan perlu dipelihara

 
Memulihara = menambah bilangan dengan menanam semula tumbuhan atau mebiak baka haiwan

BIODIVERSITY
Penanaman semula pokok

Perlu pelajari cara Pengelasan Organisma:
#Vetebrata vs invetebrata
#Poikiloterma (berdarah sejuk) vs homoioterma (berdarah panas)
#Tumbuhan berbunga vs tumbuhan tidak berbunga
#Monokotiledon vs dikotiledon

Homework: cari maklumat tentang ciri-ciri haiwan unik platipus, ikan lumba-lumba, jerung dsbg

BIODIVERSITY
Platipus dengan anak-anaknya

Leave a Reply