KETAHUI 5 TIPS MEMILIH BUKU LATIHAN UNTUK ANAK ANDA

Posted by

Pernah tak anda sebagai ibu bapa tertanya-tanya buku latihan apa yang nak dibeli?
Buku latihan mana yang lebih baik? Peninglah mana satu buku nak dibeli?

Untuk menjawab soalan di atas, teruskan membaca apakah tips memilih buku untuk anak anda.

KENAPA PERLU PILIH BUKU LATIHAN YANG BETUL?
Ini kerana ia boleh membantu anak anda menguasai topik untuk mengulangkaji pelajaran dan juga membantu meningkatkan lagi kefahaman dan pencapaian dalam akademik melalui latihan yang betul.

Jadi, apakah cara untuk memilih buku latihan yang betul? Buku latihan yang dimaksudkan ini adalah buku latihan sekolah KSSR atau KSSM yang bukan digunakan di sekolah. Bermaksud buku latihan untuk anak yang sesuai untuk ulangkaji pelajaran sendiri. 

5 tips dibawah akan dikongsikan kepada ibu bapa untuk memilih buku yang betul dan sesuai untuk anak anda mengulangkaji pelajaran.

Yang PERTAMA 
-> LIHAT PRESTASI DAN KEBOLEHAN ANAK

Gambar artikel 2.jpg
Ini bermaksud tahu apakah keputusan anak anda, adakah keputusan anak dapat A,B,C atau gagal dan anak anda perlukan buku latihan yang banyak. 

Contoh : Sekiranya anak anda gagal, buku latihan perlu dibuat adalah latihan yang asas, pastikan kandungan dalam buku tersebut ada banyak soalan dan latihan yang diberikan. Ada setengah buku, banyak nota dan sedikit sahaja soalan/latihan, ada setengah buku pula, nota sedikit, latihan pun sedikit dan masih tidak cukup untuk menguasai topik asas. 

Sekiranya anak anda selalu dapat A pula, buku latihan mungkin perlu buku latihan yang lebih mencabar (Contoh buku koleksi KBAT) atau buku latihan koleksi soalan peperiksaan supaya anak anda sudah terbiasa dan boleh menguasai soalan-soalan peperiksaan. 

Yang KEDUA,
-> RUJUK KEPADA GURU SEKOLAH

WhatsApp Image 2018-09-30 at 21.48.16 (5).jpeg
Ibu bapa boleh rujuk kepada guru sekolah untuk ketahui perkembangan anak , tanya buku latihan apa yang sesuai untuk anak saya, buku latihan yang past year exam sahaja kah? Buku latihan yang hanya latihan sahaja kah?

Ini kerana guru sekolah lebih mengetahui tentang prestasi dan perkembangan anak anda dalam akademik. Oleh itu, digalakkan untuk bertanya kepada guru sekolah apakah buku latihan yang sesuai untuk anak anda mengulangkaji pelajaran. 

Yang KETIGA, 
-> LIHAT KANDUNGAN BUKU

gambar artikel 3.png
PENTING! sebelum beli buku, lihat apa kandungan latihan/nota dalam buku tersebut. Adakah cukup latihan/nota untuk anak anda? Adakah perlukan latihan sahaja untuk anak anda latih tubi?

Contoh : Anak anda lemah matematik darjah 6 dan selalu dapat D, beli 1 buku sahaja koleksi peperiksaan contoh UPSR Matematik tidak cukup untuk menaikkan prestasi, ini kerana asas menguasai topik masih lemah lagi. Oleh itu, 3 jenis buku mungkin sesuai untuk anak anda iaitu
1) Buku asas kuasai KSSR Matematik
2) Buku bertopik Darjah 6 Matematik (Pastikan yang ada banyak latihan)
3) Koleksi soalan peperiksaan UPSR tahun lepas.

Yang KEEMPAT,
-> PENERBIT BUKANLAH UTAMA TETAPI PENTING

Penting untuk lihat penerbit buku latihan contoh penerbit: Sasbadi, Cerdik, Pelangi, Ilmu Bakti, Fargoes, Oxford Fajar dan sebagainya. 

Ini kerana penerbit yang sudah lama berada dalam pasaran mempunyai banyak tips-tips atau latihan yang disediakan dalam buku latihan. Malah ada pelbagai jenis buku yang ada dibawah penerbit yang sama untuk kuasai subjek.

Contoh : Subjek Matematik Tingkatan 5 ada LIMA jenis buku matematik dibawah penerbit yang sama.

Malah, di era teknologi kini, siri video juga ada ditunjukkan di dalam buku (Scan QR Code)

Yang KELIMA,
-> LIHAT SIAPA PENULIS (Sekiranya ada biodata)

Writing-Writing-Books.jpg
Ketahui siapa penulis buku tersebut, adakah seorang penulis buku teks, guru pakar subjek.

Elok sekiranya ada biodata penulis, sekiranya tidak ada, tidak mengapa kerana kebanyakkan penerbit akan mengambil guru-guru pakar soalan untuk menulis buku. Oleh itu, seperti tips yang keempat tadi pemilihan penerbit juga adalah PENTING tapi bukanlah yang utama.

IMG_2144

Itu sahaja tips yang ingin dikongsikan kepada ibu bapa. Semoga ibu bapa boleh membuat pemilihan buku latihan yang tepat untuk anak anda agar anak anda boleh menguasai dan memahami topik serta menaikkan prestasi.

Sekiranya anda perasan, TAK ADA LANGSUNG SEBUT TENTANG HARGA, ini kerana harga tidak penting dan yang penting adalah nilai dalam kandungan buku yang dapat bantu anak anda. Ia juga sebagai pelaburan untuk anak anda. Tidak kira buku yang murah atau yang mahal yang penting nilai kandungan buku adalah lebih PENTING. 

Dan penulis juga tidak sebutkan apakah penerbit dan buku yang terbaik? Ini kerana ia bergantung kepada prestasi dan kemampuan anak anda untuk menggunakan buku tersebut.

Sila share sekiranya ibu bapa patut tahu apakah pemilihan buku latihan yang betul untuk anak anda. Sebarang idea, perkongsian dari anda dan pertanyaan atau komen, sila tinggalkan message anda dibawah.

 

 

Leave a Reply