Ketahui 10 Kaedah Cara Minat Matematik Kepada Anak Anda

Sesi perkongsian ini adalah sesuai kepada pelajar-pelajar sekolah atau anak-anak anda yang ingin tahu tentang cara untuk minat dengan subjek matematik. 

Jom ketahui apakah 10 kaedah tersebut :-

1) TANAMKAN SIFAT MINAT TERHADAP MATEMATIK

Jika anak anda mahu minat terhadap matematik, tanamkan diri mahu minat dan suka terhadap matematik supaya senang menjawab soalan matematik. Percayalah, dengan adanya minat terhadap matematik anak anda berasa seronok terhadap subjek tersebut. Seperti contoh, anak anda berasa minat terhadap game, tv dan hiburan, sudah tentu anak anda berasa seronok bukan. Sama lah juga dengan matematik, jika ada minat terhadap matematik, pasti berasa seronok. Jadikan ia seperti satu hobi untuk menjawab matematik, kerana matematik adalah penyelesaian masalah. Ia adalah menyeronokkan jika ada minat terhadap subjek tersebut. Oleh itu, tanamkan rasa MINAT subjek matematik agar berasa mudah dan seronok untuk menjawab matematik

math budak.jpg

2) JADIKAN MATEMATIK SATU PERMAINAN

Untuk menambahkan lagi minat terhadap matematik, jadikan ia sebagai satu permainan. Ini kerana soalan matematik berbentuk penyelesaian masalah. Oleh itu, jika ia dijadikan sebagai satu permainan, lama-kelamaan akan menjadi seronok dengan matematik. Seperti contoh, ketika sedang membuat latihan matematik, cuba siapkan soalan dalam masa 10 minit, jika berjaya, akan pergi ke ‘stage’ soalan yang seterusnya, namun jika gagal, akan didenda dan buat soalan semula. Jika belajar dalam kumpulan, ianya lagi menyeronokan kerana anak anda boleh membuat permainan dan bersaing dengan kawan. Contoh, siapa siap soalan cepat, dia akan menang, dan bersainglah secara sihat dan positif. Matematik ini berbeza dengan subjek-subjek yang lain kerana ianya berbentuk penyelesaian masalah. Oleh itu, jadikan ia permainan.

budak math.png

3) BUAT LATIHAN MATEMATIK

Anak anda buatlah latihan matematik selalu. Ini kerana jika selalu buat latihan dan BERJAYA menjawab soalan, anak anda akan merasa seronok kerana telah mendapat kepuasan setelah berjaya menjawab matematik. Contohnya main games, dan bagaimana secara tiba-tiba sahaja rasa seronok bermain games? Ini kerana anak anda selalu bermain games dan BERJAYA memenangi games tersebut. Setelah BERJAYA, anak anda akan dapat satu KEPUASAN dalam diri kerana memenangi games tersebut. Oleh itu, sama lah juga dengan matematik. Jika selalu membuat latihan matematik dan BERJAYA menjawab soalan, anak anda akan dapat satu KEPUASAN kerana berjaya menjawab soalan tersebut. Oleh itu, buat latihan matematik selalu dan Insya-Allah anak anda akan minat dengan matematik.

10480648-kids-doing-math-exercises-to-be-in-shape-for-the-school-laying-on-the-floor.jpg

4) SUKA KEPADA CIKGU MATEMATIK

Suka kepada cikgu matematik juga merupakan sangat penting untuk menjadikan anak anda suka dengan matematik. Kita akan dapat berkat jika kita suka terhadap guru kita.

images.jpg

5) BERMAIN PERMAINAN TENTANG MATEMATIK

Bermainlah tentang matematik dan seterusnya pasti anak anda akan suka dan minat dengan matematik. Contoh, anak anda sering bermain game bola sepak, ini kerana anak anda suka dengan bola sepak. Jadi sama juga dengan matematik, jika sering bermain game tentang matematik, anak anda tentu akan jadi suka kepada matematik. Jika tiada game, jadikanlah matematik sebagai permainan sendiri, seperti yang cikgu cakap dalam tips yang kedua. Game-game tentang matematik boleh dapatkan dari internet. Antara contoh-contoh game tentang matematik adalah

http://www.mathplayground.com/

http://www.sheppardsoftware.com/math.htm

http://www.coolmath4kids.com/ 

 http://www.softschools.com/math/games/

http://www.logicgames.com/

http://playwithyourmind.com/

math games.png

6) BERGAUL DENGAN KAWAN-KAWAN YANG MINAT/PANDAI MATEMATIK

Bergaul lah dengan kawan-kawan  yang minat dan pandai matematik. Ini kerana lama-kelamaan, anak anda pun akan menjadi minat dan pandai seperti mereka. Menurut Imam Al-Ghazali, ada 5 cara memilih kawan yang baik antaranya :-

  1. Kawan yang BerAKAL
  2. Kawan yang berAKHLAK
  3. Kawan yang SOLEH
  4. Kawan yang berSEDERHANA
  5. Kawan yang berCAKAP BENAR

Oleh itu, carilah dan bergaul dengan kawan yang pandai matematik. Kerana, jika anak anda selalu bergaul, anak anda akan banyak bertanya tentang matematik, cara menjawab matematik, bagaimana cara mudah jawab soalan dan sebagainya.

Apa akan jadi jika anak anda tiada kawan yang pandai matematik? Anak anda akan tidak dapat menjawab matematik, kerana tiada sesiapa yang bantu anak anda. Anda hanya mengharapkan guru sahaja, itu pun jika guru ada masa dengan pelajar. Jadi perlunya ada kawan yang pandai dan minat matematik. Ini secara tidak langsung anak anda akan menjadi minat dengan matematik.

images (1).jpg

7) MASUK AKTIVITI TENTANG MATEMATIK DI SEKOLAH/UNIVERSITI

Jika ada aktiviti tentang matematik di sekolah/universiti anak anda, masuklah aktiviti tersebut. Jadilah sebahagian daripada persatuan matematik dan banyakkan aktiviti tentang matematik. Ini kerana dalam aktiviti dan persatuan matematik, tentu ada permainan-permainan tentang matematik, pertandingan yang menyeronokkan seperti Sudoku, teka-teki dan beberapa pertandingan yang menguji minda. Jadi permainan dan pertandingan inilah yang membuatkan anak anda menjadi seronok dan minat dengan matematik. Oleh itu, aktifkan anak anda dalam persatuan atau aktiviti matematik.

hqdefault.jpg

8) BANYAKKAN MEMBACA TENTANG MATEMATIK

Contohnya asal-usul tentang matematik. Komik tentang matematik yang memberi manfaat kepada anak anda. 

9) PRAKTIS, PRAKTIS DAN PRAKTIS

Matematik merupakan soalan penyelesaian masalah, oleh itu banyakkan LATIHAN, LATIHAN dan LATIHAN.   

1.jpg

10) BERDOA

Berdoa adalah senjata utama umat Islam. Banyakkan bersyukur dengan kelebihan yang kita ada dan Insya-Allah semoga kita menjadi orang hebat, orang yang baik dan memberi manfaat kepada semua manusia.

 

Sesi perkongsian ini adalah berdasarkan pengalaman penulis sebagai seorang guru tuisyen dan beberapa rujukan daripada pelajar-pelajar yang minat dengan matematik. Mungkin ada kaedah-kaedah yang boleh dibincangkan lagi atau yang tertinggal. Oleh itu, jika ada yang tidak dapat mengikuti kaedah cara minat matematik dari perkongsian ini bolehlah anda berjumpa dengan guru-guru pakar untuk mengetahui tips yang lebih berkesan. 

One comment

Leave a Reply