Langkah-langkah Mendaftarkan Bisnes Pusat Tuisyen di Malaysia (Fasa 1)

Posted by

Jom ketahui bagaimana untuk membuat pendaftaran Bisnes Pusat Tuisyen di Malaysia

Anda nak buat bisnes pusat tuisyen?  Nak buka Pusat Tuisyen di Malaysia?

Pusat Tuisyen adalah suatu INSTITUSI PENDIDIKAN SWASTA yang KHUSUS memberi PERKHIDMATAN BIMBINGAN atau membantu murid institusi pendidikan ke arah PERSEDIAAN murid itu menduduki peperiksaan. (Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Perdana, 2016).

Sebelum buka pusat tuisyen, setiap pusat tuisyen perlulah berdaftar dulu dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dibawah akta pendidikan 1996. Ini bagi memastikan setiap pengurusan/pentadbiran dan silibus pendidikan selari dengan misi dan visi KPM dan seterusnya dapat meyakinkan pihak ibu bapa untuk mendaftarkan anak mereka.

Sekiranya didapati tidak mendaftar, pusat tuisyen akan dikenakan denda kompaun sebanyak RM30,000 serta boleh diarahkan tutup.

Untuk mendaftar dengan KPM, pengusaha pusat tuisyen boleh berjumpa dengan pegawai PPD di Pejabat Pendidikan Daerah yang berhampiran dengan tempat anda. Anda boleh search di website KPM untuk ketahui lebih lanjut di mana lokasi Pejabat Pendidikan yang berhampiran.

KENAPA PUSAT TUISYEN PERLU BERDAFTAR DENGAN KPM?

  • Pusat Tuisyen akan dapat maklumat terkini tentang silibus dan sebarang info dari KPM
  • Setiap guru di pusat tuisyen yang berdaftar boleh dapatkan lesen permit mengajar
  • Mudah untuk berdaftar dengan SSM dan mendapatkan kelulusan dari Majlis Tempatan, Unit Bomba dan Unit Kesihatan
  • Meyakinkan pihak ibu bapa untuk mendaftarkan anaknya di pusat tuisyen yang berdaftar
  • Sebagai pemasaran bahawa pusat tuisyen adalah berdaftar dan diyakini mengikuti silibus terkini dan selari dengan KPM

Sesi perkongsian ini adalah hasil pengalaman sendiri penulis bagaimana proses mendaftarkan pusat tuisyen, kerana penulis sebelum ini kerap berulang alik dari pejabat/pusat tuisyen/rumah ke PPD/Majlis semata-mata untuk lengkapkan proses tersebut. Jadi dengan adanya perkongsian ini, penulis percaya anda akan lebih mudah, cepat dan sudah membuat persediaan bagaimana untuk mendaftarkan pusat tuisyen ke PPD. Untuk ketahui dan pertanyaan lebih lanjut, sila pergi ke Pejabat PPD yang berhampiran dengan anda untuk tahu proses pendaftaran. 

images.jpg

Untuk perkongsian FASA 1 adalah permulaan untuk menghantar kertas kerja Pusat Tuisyen dan disemak serta diluluskan oleh pegawai PPD.

Berikut adalah langkah-langkah untuk mendaftarkan Pusat Tuisyen FASA 1 :

1) Cari lokasi premis dahulu samada beli atau sewa

Pusat Tuisyen mesti beroperasi di bangunan rumah kedai atau bangunan untuk tujuan komersial. Premis yang selain daripada itu tidak dibenarkan melainkan premis yang diluluskan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT)

Lokasi Pusat Tuisyen:

  • Lokasi Pusat Tuisyen hendaklah sesuai dengan iklim pengajaran pembelajaran, keselamatan, kesihatan dan lain-lain.
  • Tiada gangguan atau ancaman bahan kimia atau kotoran sampah.
  • Tidak berdekatan dengan pusat hiburan, perjudian, rekreasi atau pasar.
  •  Pemindahan lokasi hendaklah terlebih dahulu mendapatkan kelulusan yang bertulis daripada Kementerian Pelajaran.

2) Pergi ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk book nama Pusat Tuisyen anda (Supaya nama pusat tuisyen tidak diambil atau digunakan oleh orang lain)
Nota : Rujuk SSM untuk info lanjut

3) Pergi ke Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan dapatkan Borang Permohonan Buka Pusat Tuisyen

WhatsApp Image 2019-01-10 at 2.43.08 PM.jpeg

4) Sila isikan maklumat-maklumat dan syarat-syarat yang perlu diisi dalam Borang tersebut. 

– Nama Pusat Tuisyen (Berikan 3 nama cadangan)

Nama Institusi:

  • Nama institusi yang dicadangkan sesuai serta mengutamakan Bahasa Melayu, mempunyai unsur-unsur pendidikan dan bercirikan Malaysia.
  • Nama institusi hendaklah dalam bahasa Melayu, bermula dengan Pusat Tuisyen.. dan diikuti dengan nama yang dicadangkan.
  • Nama orang kenamaan tempatan yang telah meninggal dunia boleh digunakan dengan terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis daripada warisnya.
  • Lain-lain nama yang tidak boleh digunakan termasuklah yang berikut:
    o nama orang kenamaan yang masih hidup,
    o nama tempat,
    o nama jalan,
    o nama singkatan,
    o nama yang tidak mempunyai makna.
    o nama institusi-institusi pendidikan yang terkenal sama ada di dalam atau luar negeri.
    o nama yang menggunakan yayasan /politeknik.

– 4 orang WAJIB ada (3 orang Ahli Lembaga Pengelola (ALP) dan 1 orang Guru Besar) 
Nota : Tidak boleh isi nama orang yang sama, mesti orang yang berlainan

– Guru Besar hendaklah ada Permit Mengajar dan berpengalaman luas dalam pendidikan

5) Sediakan RESUME dan SURAT PERLANTIKAN 3 ALP dan 1 Guru Besar 

Anda perlulah sediakan surat perlantikan 3 ALP dan 1 Guru Besar sebagai bukti anda melantik beliau bekerja dan ada jawatan di Pusat Tuisyen. Surat perlantikan adalah dari surat pusat tuisyen anda sendiri.

Surat Perlantikan atas jawatan Pengerusi, Ahli Lembaga Pengelola dan Guru Besar (Pengetua)

6) Sediakan Pelan Lokasi dan Pelan Lantai Pusat Tuisyen (Boleh google)

Contoh Pelan Lokasi

pelan lokasi.png

Contoh Pelan Lantai beserta ukuran

pelan lantai.jpg

7) Senarai Yuran Cadangan, Jadual Cadangan dan Gambar-Gambar Premis Depan, Belakang, Tepi dan Dalam 

Boleh berikan cadangan jadual pembelajaran dan senarai yuran dalam bentuk yang mudah dibaca atau dalam bentuk table

Yuran:

  • Jenis dan kadar yuran hendaklah berpatutan dan diluluskan oleh Ketua Pendaftar.
  • Sebarang kenaikan yuran perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada Ketua Pendaftar terlebih dahulu

Peruntukan Masa Beroperasi:

  • Setiap pusat tuisyen dibenarkan mengendalikan tiga sesi operasi, iaitu sesi pagi, petang dan malam.
  • Masa yang diperuntukkan bagi setiap sesi adalah tidak melebihi yang berikut:
    o sesi pagi 9.00 pagi – 11.00 pg
    o sesi petang 3.00 ptg – 6.00 ptg,
    o sesi malam 7.00 mlm-10.00 mlm

8) Surat Permohonan Membuka Pusat Tuisyen

Surat dari anda sendiri untuk membuka pusat tuisyen kepada PPD

Selepas sudah siap kertas kerja di atas, 

9) Sila hantarkan kertas kerja tadi kepada Pegawai PPD dan dapatkan semakan dan disahkan oleh Pegawai PPD. Selepas disahkan dan diluluskan oleh Pegawai PPD, anda perlu membuat bayaran. Bayaran yang dikenakan:

  • Bayaran permohonan pendaftaran.

Tunggu dalam masa 1-2 minggu, pegawai PPD akan telefon anda atau anda boleh tanya dan telefon pihak PPD untuk proses pendaftaran seterusnya.

Selepas pegawai PPD telefon anda, anda hendaklah hadir ke Pejabat PPD dan berjumpa dengan pegawai PPD untuk dapatkan :-

a) Lesen Sementara Pusat Tuisyen (Selama setahun)

IMG_20170208_152611.jpg
b) Surat Permohonan Kelulusan ke Majlis, Unit Bomba dan Unit Kesihatan (3 surat)

c) Surat Pendaftaran untuk mendaftar di SSM (1 surat)

IMG_20170208_152719.jpg

Jadi dalam masa setahun (Selama ada Lesen Sementara), anda perlu mendaftar ke SSM dan dapatkan kelulusan dari Majlis, Unit Bomba dan Unit Kesihatan. Sekiranya melebihi tempoh setahun, lesen sementara pusat tuisyen anda boleh ditarik balik dan perlu ulang semula kertas kerja seperti langkah pertama tadi. 

Untuk Fasa 2 adalah tentang bagaimana untuk mendapatkan Lesen dari Majlis, Unit Bomba dan Unit Kesihatan pula sebelum mendapatkan Lesen Penuh Pusat Tuisyen selama tempoh 5 tahun.

large_center1502861537572.IMG_7927.JPG

Semoga dengan perkongsian ini, dapatlah anda gambarkan atau boleh membuat persediaan untuk tahu bagaimana proses mendaftarkan pusat tuisyen ke PPD. Semoga segala urusan proses pendaftaran  dipermudahkan dan menjadikan pusat tuisyen anda lebih maju di masa hadapan.

Sebarang info pertanyaan boleh whatsapp ke 013-3493237 atau anda boleh terus ke Pejabat PPD yang berhampiran dengan anda.

 

Leave a Reply