7 Perkara Ibu Bapa Perlu Tahu Sebelum Pilih Pusat Tuisyen Yang Sesuai Untuk Anak Anda

Banyak pusat tuisyen kini sudah tumbuh bagai cendawan di tempat anda, di mana-mana pasti ada pusat tuisyen samada yang baru atau pusat tuisyen yang lama. Jadi apakah pusat tuisyen yang sesuai dan terbaik untuk anak anda? 

Pilih pusat tuisyen terbaik? Pusat Tuisyen pilihan ibu bapa?

Jom kita ketahui apakah 7 perkara yang ibu bapa perlu tahu sebelum pilih pusat tuisyen yang terbaik untuk anak anda. 

1) Lihat Testimoni anak/ibu bapa

Sebelum anda memilih pusat tuisyen, tahu dulu apa maklumbalas yang diterima dari pelajar dan ibu bapa tentang pusat tuisyen. Anda boleh tahu juga dari jiran-jiran yang menghantar anaknya ke pusat tuisyen macamana prestasi anak mereka. Atau dari kawan-kawan yang ada hantar anaknya ke pusat tuisyen. Cara lain anda boleh juga tanya terus dengan pusat tuisyen bagaimana dengan testimoni atau prestasi pelajar sebelum ini. Adakah ramai prestasi akademik pelajar meningkat? Adakah ramai dapat skor yang bagus dalam peperiksaan? Apa kata pelajar-pelajar dulu dan ibu bapa yang pernah hantar anaknya ke tempat tuisyen tersebut?

metn_2a_1603_pdv.JPG

Gambar : The Star Online

2) Tahu siapa guru yang mengajar

Pastikan anda tahu siapakah guru yang mengajar. Adakah guru sekolah, guru full time tutor atau pelajar IPTA/IPTS yang mengajar. Apa yang anda perlu tahu adalah pastikan guru tersebut UPDATE SILIBUS TERKINI dan guru tersebut BERPENGALAMAN MENGAJAR

IMG_5824

3) Jarak dengan rumah

Jarak juga adalah faktor penting sebab selalunya jadual tuisyen adalah berasingan dan anda akan kerap ulang alik dari rumah ke pusat tuisyen untuk hantar dan ambil anak. Ini akan menyebabkan kos minyak dan masa yang tidak berbaloi sekiranya jarak dari pusat tuisyen dengan rumah anda sangat jauh. 

7850394_l-Driving-inside-a-car-on-a-country-street-Speeding-zooming-fast-down-the-road-810x477.jpg

4) Berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Pastikan pusat tuisyen juga berdaftar dengan KPM sebab setiap pusat tuisyen yang  berdaftar mempunyai pengurusan yang baik disebabkan ada pemantauan oleh KPM dan juga silibus pendidikan yang CONFIRM UPDATED dan terkini. Guru juga mempunyai permit mengajar dimana setiap guru adalah berpengalaman dan mengajar mengikuti silibus terkini. Anda boleh tanya kepada pihak pusat tuisyen adakah pusat tuisyen berdaftar dengan KPM, sebab ada sesetengah pusat tuisyen belum daftar lagi atau tidak berdaftar. Sekiranya tidak berdaftar, kita tidak boleh jamin dengan pusat tuisyen tersebut. Ada yang pusat tuisyen tiba-tiba tutup disebabkan masalah-masalah yang tidak boleh dielakkan (pernah berlaku), ini menyebabkan pembelajaran anak anda terganggu dan anda pula kena cari tempat tuisyen lain. 

LOGO-BARU-KPM-2013-1

5) Tahu bilangan pelajar dalam satu kelas

Anda boleh bertanya kepada pusat tuisyen berapa orang pelajar dalam satu kelas kerana ia juga boleh memberi kesan kepada pembelajaran anak anda terutama sekiranya anak anda lemah dalam matapelajaran. Anak anda boleh tertinggal silibus topik matapelajaran sekiranya satu kelas yang ramai dan tidak boleh follow silibus. Ada sesetengah fikirkan bahawa bagus ramai itu menunjukkan pusat tuisyen tersebut bagus tapi adakah anak anda boleh follow dan ikuti pelajaran yang diajar sekiranya boleh follow dan akademik meningkat tak ada masalah untuk sertai kelas yang ramai sebab ia bergantung kepada cikgu yang mengajarnya juga samada boleh handle pelajar-pelajar yang tertinggal atau yang lemah. 

WhatsApp Image 2018-09-30 at 22.08.16 (1)

WhatsApp Image 2018-09-16 at 13.47.05 (1)

6) Tahu program-program yang ada

Anda juga boleh tahu apakah program-program yang ada di pusat tuisyen seperti perjumpaan ibu bapa, program hari raya, majlis solat hajat, bengkel teknik menjawab, seminar motivasi, aktiviti riadah dan sebagainya. Ini menunjukkan bahawa pusat tuisyen juga aktif dalam program dan ada riadah yang santai kepada anak anda.

IMG-20150603-WA0004

13925919_1049107811871125_6850277059353115775_o 

7) Tahu syarat-syarat pendaftaran

Anda juga mestilah tahu apakah syarat-syarat pendaftaran sebab ada sesetangah pusat tuisyen ada syarat pendaftaran yang perlu diikuti seperti contoh sekiranya berhenti awal duit yuran tidak akan dipulangkan, kelas akan burn terus (tidak diganti) sekiranya anak anda tidak dapat hadir, tahu cuti-cuti di pusat tuisyen dan sebagainya. 

bvpatent_image_1_large.jpg

Tambahan, kadang-kadang anak anda suka ikut kawan untuk ke tempat tuisyen tersebut. Digalakkan untuk ikut anak anda asalkan anak anda gembira dan ada peningkatan dalam prestasi akademik. Apabila anak anda ikut kawan, ia samada supaya anak anda akan fokus belajar atau ada tempat berborak itu bergantung kepada guru yang mengajar untuk handle situasi tersebut untuk pastikan anak anda belajar.

Selain itu, anda juga boleh membuat anggaran berapa bajet yang sesuai untuk pilih tuisyen di tempat anda. Untuk bajet dan yuran ia bergantung kepada pusat tuisyen dan anda boleh tanya berapa yuran di pusat tuisyen tersebut. Ada kalanya yuran adalah tinggi dan ada yang murah ia bergantung kepada kos-kos yang biasa ditanggung oleh pusat tuisyen iaitu kos sewa premis, gaji guru, gaji pekerja, bil elektrik dan air, bahan fotostat, bahan mengajar dan lain-lain (servis aircond, pintu rosak dan sebagainya)

Semoga dengan 7 perkara ini dapatlah ibu bapa membuat pilihan pusat tuisyen terbaik dan sesuai untuk anak anda. Semoga bermanfaat dan prestasi anak anda ada peningkatan dalam akademik. Sila share kepada kawan-kawan anda sekiranya rasa ia sangat bermanfaat untuk ibu bapa lain juga perlu tahu. Sebarang persoalan dan pertanyaan tentang perkongsian di atas, sila tinggalkan komen atau sila hubungi whatsapp : 013-3493237.