10 Tips Cara Belajar Matematik Untuk Anak Anda

Posted by

Cara belajar subjek matematik adalah berbeza dengan subjek-subjek lain. Untuk belajar matematik, pelajar hendaklah ada sikap rajin dan minat dengan matematik. Untuk ketahui cara nak tanamkan anak minat dengan matematik, sila klik 

Ketahui 10 Cara Minat Matematik Untuk Anak Anda

Berikut adalah 10 cara belajar matematik untuk anak anda :-

1) FAHAM DULU KONSEP ASAS

Sebelum anak anda belajar matematik, pastikan anak anda faham dahulu konsep asas matematik. Ini supaya nanti anak anda tiada masalah untuk menjawab soalan. Ini juga supaya berasa seronok apabila menjawab matematik. Kebanyakan pelajar kata susah belajar matematik adalah kerana TIDAK FAHAM DULU KONSEP ASAS MATEMATIK.

Contohnya, anak anda mahu menjawab luas Bulatan. Untuk mengira luas bulatan, kita mesti tahu formulanya iaitu formula luas “y = pie*jejari^2”. Jika tidak tahu menggunakan formula ini dan tidak faham dengan asasnya, susah anda mahu menjawab soalan area of circle. Oleh itu, fahamkan konsep asas baru jadi mudah apabila mahu menjawab matematik.

Seperti contoh lain, anda bermain bolasepak, apa perkara asas perlu tahu? Semestinya cara menendang bola, cara menanduk bola dan cara passing bola.

maxresdefault.jpg

Jadi, samalah juga dengan kita belajar matematik. Konsep asas perlu kita mahir dan tahu untuk belajar pengiraan.

images.jpg

 

2) BUAT LATIHAN YANG MUDAH DAHULU, SUDAH MAHIR YANG MUDAH, CUBA YANG SUSAH

Jika anak anda berasa susah untuk belajar matematik, buat soalan yang mudah dahulu. Apabila anak anda sudah menguasai soalan yang mudah, baru buat soalan yang susah. Ini kerana dalam matematik, ia ada “level-level” soalan dari senang ke susah. Jika kita buat yang susah dahulu, memang kita akan berasa tension sebab susah nak menjawab. Sama juga dengan anak anda bermain video game, mesti bermula dengan level 1 dulu, kemudian baru bermain di level akhir dan menang.

download.jpg

 

Ini bermakna kita sudah menguasai konsep asas matematik, jika kita mula soalan yang mudah dahulu. Sebab itu, pentingnya kelas di sekolah/universiti. Pentingnya mesti fokus dalam kelas dengan apa yang cikgu mengajar. Kerana ia bermula dengan soalan basic question.

“Study Smart, then Study Hard”

child-doing-maths.jpg

3) JADIKAN IA SATU PERMAINAN

Jadikan latihan matematik ini sebagai satu permainan kerana matematik ini adalah berbentuk kreativiti, pengiraan dan penyelesaian masalah (problem solving). Jadi, ia memang boleh membuat satu permainan atau pertandingan. Tidak seperti membaca. Anda boleh jadikan sebagai satu permainan contoh seperti membuat had masa menjawab soalan, jika anak anda buat terlebih masa, anak anda akan didenda. Contoh lain, jika dalam study group, anak anda boleh bersaing secara positif dengan kawan-kawan, jika anak anda tidak faham, anak anda bolehlah bertanya macam mana nak jawab.

Ini boleh dijadikan satu persaingan yang positif. Oleh itu, cubalah membuat satu permainan ketika belajar dan ketika menjawab soalan matematik. Matematik memang memerlukan disiplin untuk sentiasa menjawab latihan. Walaupun anak anda faham topik tertentu, anak anda tidak akan dapat jawab dalam masa yang diberikan.

Oleh itu, cuba jawab dengan pantas, contoh ambil satu soalan dalam 3 minit supaya anak anda akan terbiasa jawab mateamtik dengan secepat yang mungkin. Jadikan ia satu permainan, jangan jadikan ia satu bebanan.

IMG_2621.JPG

 

4) JIKA TIDAK FAHAM, USAHA TANYA GURU, IBU BAPA, KAWAN-KAWAN DAN SESIAPA YANG TAHU

Jika anak anda tidak faham di sekolah, minta anak anda tanyakan kepada guru. Jika guru sibuk, tanya guru tuisyen(jika tuisyen), jika sibuk juga, tanya kawan-kawan yang pandai, jika sibuk dan tiada masa mengajar juga, tanya anda sendiri sebagai ibu bapa, dan jika anda sibuk juga, anak anda kenalah usaha, usaha dan usaha sampai anak anda dapat dan faham.

Ini kerana jika anak anda tertinggal satu pengajaran, ia rugi besar di situ, lebih-lebih lagi jika anak anda tertinggal topik yang asas. Jadi, anak anda mesti usaha untuk bertanya. Elakkan sifat malu  untuk bertanya. Itulah bezanya pelajar cemerlang. Pelajar yang cemerlang mereka sentiasa berusaha untuk bertanya. Oleh itu, jadilah seperti pelajar yang cemerlang.

student ask.jpg

5) JIKA TIDAK BOLEH BELAJAR SEORANG, BUAT STUDY GROUP

Ada sesetengah pelajar tidak biasa belajar seorang, jadi anak anda carilah  kawan (yang bersemangat untuk belajar) dan buat study group dengannya. Jika anak anda buat study group, anak anda boleh bertanya lebih topik-topik yang tidak faham selain boleh belajar dalam keadaan yang menyeronokkan. Ini juga penting supaya  tidak ketinggalan topik kerana kawan-kawan yang lain faham. Untuk tahu lebih lanjut tentang tips belajar berkumpulan. Sila klik link dibawah : 

Baca : TIPS BELAJAR MATEMATIK BERKUMPULAN

22427973-ebf7-4412-b169-56b0c667046f.transformed.jpg

6) JADIKAN LATIHAN MATEMATIK SEBAGAI RUTIN HARIAN

Jadikan latihan matematik ini sebagai rutin harian anda. Pastikan anak anda buat sekurang-kurangnya 1 jam sehari belajar matematik. Ini kerana matematik memerlukan latihan, latihan dan latihan yang berterusan. Jika anak anda tidak buat latihan, memang akan ketinggalan yang banyak. Nanti mulalah kedengaran “susahlah math”, “tak ingat lah formula” dan macam-macam lagi.

Walaupun cikgu di sekolah tidak beri homework kepada anak anda, buat juga soalan matematik. Matematik ini memang menyeronokan jika anak anda buat latihan dan berjaya menjawab latihan. Ia akan memberikan anak anda satu kepuasan setelah berjaya menyelesaikan masalah.

Selalunya pelajar selalu akan berkata “bila ada cikgu saya boleh buat, tetapi masa exam saya tak dapat buat”. APAKAH PUNCANYA?

Ini kerana pelajar ini membuat latihan matematik ketika di sekolah atau ketika diberi homework oleh cikgu sahaja. Jangan amalkan begini. Jadikan latihan matematik sebagai rutin harian anak anda, pastikan sentiasa membuat latihan matematik. Oleh itu, apa tunggu lagi, buat soalan latihan matematik dengan segera.

calendar_l1.jpg

7) SENTIASA MEMBUAT LATIHAN KONSEP YANG SAMA

Anak anda hendaklah sentiasa membuat latihan konsep yang sama. Ini kerana semakin kerap membuat latihan itu, lama kelamaan anak anda akan terbiasa dengan konsep soalan tersebut. Ini disebabkan matematik ini sentiasa bertanyakan soalan yang sama, cuma soalan akan diubah dari segi nombor dan kefahaman sahaja. Untuk membuat soalan konsep yang sama, anak anda lihat semula soalan-soalan sebelum ini bagaimana soalan bertanya, bagaimana cara soalan bertukar-tukar nombor dan sebagainya.

effects_of_high_stakes_testing-e1429797999258.jpg

8) RUJUK BEBERAPA BUKU-BUKU LATIHAN YANG LAIN

Anak anda tidak boleh bergantung kepada buku sekolah sahaja. Rujuk juga beberapa buku lain, ini kerana tiap-tiap soalan berbeza dan jika anak anda buat banyak soalan yang berbeza ia akan meningkatkan lagi kemahiran anak anda untuk menjawab soalan.

Dan ketika buat buku latihan, lihat skema jawapan yang diberikan. Anda boleh tahu sama ada jawapan anda anda salah atau betul. Ini juga menambahkan lagi keyakinan untuk menjawab soalan. Tetapi pastikan anak anda buat soalan dahulu, baru lihat skema jawapan.

9) CARI MASA BELAJAR YANG SESUAI

Anak anda juga dinasihatkan cari dan rancang waktu belajar matematik yang sesuai. Penulis sarankan anak anda belajar pada waktu pagi ketika cuti, ini kerana ketika itu otak sedang fresh dan senang mengingat ketika waktu pagi, selain itu belajar waktu pagi juga membolehkan apa yang kita belajar senang masuk kerana otak masih belum bekerja lagi. Jika waktu ketika sedang mengantuk, itu bermakna otak anda sudah penat bekerja. Selalunya terutama pelajar IPT, mereka akan belajar sehingga lewat malam. Boleh dilakukan tetapi dengan syarat, anak anda mestilah cukup rehat. Jangan memaksa badan yang sudah kepenatan  untuk belajar, ini kerana bukan sahaja boleh menyebabkan badan menjadi tidak sihat tetapi juga boleh menyebabkan tidak boleh berfikir pada keesokan harinya (waktu ujian). Ini kerana otak sudah penat bekerja ketika belajar sehingga lewat malam. Oleh itu, study smart then study hard. 

Di bawah adalah antara contoh-contoh waktu belajar yang sesuai

5 pagi – 6 pagi 8 pagi – 11 pagi 2 ptg – 4 ptg  

9 mlm – 11 mlm

 

Jadual di atas adalah cadangan sahaja, terpulang kepada anak anda untuk mencari waktu-waktu yang sesuai untuk belajar. Waktu malam biasanya waktu untuk mengulangkaji semula apa yang anak anda belajar di sekolah. Itulah gunanya tuisyen, kelas tambahan dan sebagainya. Jika anak anda berasa penat, sila rehatkan minda anak anda dengan menonton televisyen atau apa-apa aktiviti yang merehatkan minda.

mathexplorer460.jpg

10) MENGGUNAKAN MEDIA INTERNET

Akhir sekali, seperti kita tahu, ramai remaja-remaja sekarang menggunakan media internet seperti facebook, twitter, blogger, youtube,   dan media-media sosial yang lain. Oleh itu, gunakanlah peluang ini untuk menggunakan internet untuk melihat apa-apa soalan yang tidak faham.  Pada zaman sekarang lebih mudah, kini banyak cikgu-cikgu atau para pendidik yang lain menggunakan media internet untuk mengajar. Anda type sahaja tajuk-tajuk yang anak anda tidak faham mesti ada keluar macam-macam jenis teknik yang anda perlu tahu. Oleh itu, gunakanlah peluang yang ada di internet. Gunakan youtube, google, video-video yang diupload oleh cikgu-cikgu dari dalam dan luar negara, mesti ada teknik-teknik menjawab soalan matematik dengan mudah.

itoko-dec-2.jpg

Leave a Reply