Tips Belajar Matematik Berkumpulan (Study Group)

Belajar berkumpulan sebenarnya banyak mendatangkan faedah dan manfaat jika kena pada caranya. Elakkan dengan tujuan untuk berborak sembang kosong ketika belajar, gunakan sepenuhnya untuk berbincang dan bertanyakan kawan sekiranya ada yang tidak faham. Tips ini khusus untuk subjek matematik kerana belajar matematik berkumpulan juga ada bezanya. Tetapi sekiranya untuk subjek lain juga sesuai untuk dipraktikkan. Jom kita ketahui bagaimana nak elakkan berborak ketika belajar berkumpulan. 

1) PASTIKAN AHLI KUMPULAN YANG BERBEZA MARKAH MATEMATIKNYA

Pastikan ahli study group anda berbeza markah matematiknya. Ini supaya apabila bincang nanti, mesti ada salah seorang ahli study group yang boleh jawab soalan.

Ini akan memudahkan lagi perbincangan dalam study group. Tidak kira sama ada beza markah yang sedikit contoh antara 60% dan 54%, pun boleh buat study group asalkan berbeza markah. Tetapi disarankan berbeza sebanyak 5% markahnya.

Selain itu, lantik seorang ketua untuk menentukan bila dan  dimana untuk belajar matematik. Dengan lantiknya seorang ketua, barulah perbincangan menjadi terancang dan objektif untuk belajar matematik tercapai.

Kenapa kebanyakkan pelajar apabila membuat study group ia menjadi tidak berkesan?

  • Susah mahu bertemu semua
  • Hilang fokus belajar disebabkan banyak berborak dan bersembang
  • Terdapat ahli yang tidak mahu belajar, tujuan datang untuk berborak dan bermain.
  • Tidak faham apa yang diajar oleh kawan
  • Perbincangan menjadi kelam kabut dan tidak teratur

study-group-2018.png

2) BUAT SOALAN SAMA DAN BINCANG

Untuk menyenangkan perbincangan study group, buat soalan yang sama dan bincangkan.

Jika buat soalan yang berlainan, ia akan merumitkan lagi keadaan dan perbincangan. Contoh, untuk matematik SPM, seorang pelajar A buat soalan “Straight Line” dan seorang lagi pelajar B buat tajuk “Probability”, tidakkah itu sama seperti belajar seorang. Itu seperti anda bawa teman hanya untuk berborak sahaja. Lagi satu, jika pelajar yang A ingin bertanyakan soalan “Straight Line”, pelajar yang B mesti susah untuk menjawab sebab dia sedang menjawab “Probability”. Tidakkah itu merumitkan.

Jika buat soalan yang sama ia lebih lagi mudah dalam perbincangan. Contoh, semua ahli study group buat tajuk “Straight Line”, ini akan memudahkan lagi untuk bertanya, berbincang jawapan, dan membandingkan jawapan.

Selain itu, kita juga boleh berbincang dan memberitahu kepada kawan apa yang tidak faham. Barulah ahli-ahli kumpulan semua berpuas hati kerana objektif belajar matematik tercapai dan faham.

Apakah kelebihan study group?

  • Dapat belajar lebih topik-topik yang tidak faham
  • Dapat memberi motivasi tambahan semasa belajar
  • Membantu mengembangkan lagi kemahiran belajar
  • Pembelajaran menjadi tidak bosan dan menyeronokkan

kids-reading-book.jpg

3) JANGAN TERLALU RAMAI

Pelajar yang ingin membuat study group disarankan untuk 3 orang sahaja. Ini kerana jika lebih, ia akan menjadi medan berborak dan melepak. Bukan belajar. Oleh itu, jangan terlalu ramai.

Kenapa 3 orang? Contoh

PELAJAR A Akan bertanyakan soalan
PELAJAR B Akan cuba menjawab
PELAJAR C Akan cuba memberi idea dan berbincang untuk menjawab

 

Jika 2 orang? Contoh

PELAJAR A Akan bertanyakan soalan
PELAJAR B Akan cuba menjawab (jika tidak boleh menjawab, pelajar C tidak ada untuk membantu

 

Jika 4 orang atau lebih? Contoh

PELAJAR A Akan bertanyakan soalan
PELAJAR B Akan cuba menjawab
PELAJAR C Akan cuba memberi idea untuk menjawab
PELAJAR D ATAU LEBIH Akan cuba berborak atau mengacau dalam study group

Tetapi terpulang kepada anda, jika semua ahli bersemangat untuk belajar, tiada masalah untuk belajar seramai 4 orang atau lebih. Tetapi ingatlah pepatah mengatakan “Banyak asam banyak garam dan banyak orang banyak ragam”. Oleh itu, lebih baik kumpulan yang kecil sahaja supaya mudah untuk perbincangan study group.

IMG_3333.JPG

 

4) CARI TEMPAT BELAJAR YANG SESUAI DAN STRATEGIK

Ini juga penting untuk memilih tempat, tempat-tempat yang disarankan dan  sesuai adalah

  1. Perpustakaan
  2. Masjid/Surau
  3. Tempat yang bukan kawasan orang lalu-lalang
  4. Tempat yang senyap dan sunyi
  5. Tempat yang tiada TV, game di sebelah, atau benda-benda yang boleh melalaikan

Ini juga penting supaya mudah untuk membuat perbincangan dan study group.

Menurut kajian dari pakar psikologi, tempat-tempat belajar juga perlulah sesuai dan mendatangkan rasa untuk belajar. Cuba bayangkan anda ingin membuat study group di restoran, MCD, dan sebagainya. Sudah pasti ia akan mendatangkan rasa untuk berborak, melepak dan makan minum.

Oleh itu, memilih tempat yang sesuai untuk belajar membuatkan kita berasa lebih selesa dan senang untuk membuat perbincangan study group.

perpustakaan selangor 2.JPG

5) NIAT YANG BETUL UNTUK BELAJAR

Akhir sekali, niat kita yang betul untuk belajar, bukan niat seperti mengorat, mengumpat dan sebagainya. Dengan niat yang betul, Insya-Allah, tuhan akan permudahkan kita untuk belajar. Disini ada disediakan doa sebelum belajar untuk umat Islam.