7 Tips Belajar Last Minute Untuk Subjek Matematik Yang Pelajar Perlu Tahu

Posted by

PERINGATAN : JANGAN AMALKAN BELAJAR LAST MINUTE, TIPS INI DIKONGSI JIKA ANDA TIADA MASA YANG MENCUKUPI UNTUK BELAJAR

Perkongsian kali ini adalah tips cara untuk belajar last minute untuk subjek matematik. Boleh juga sesuai untuk subjek lain sekiranya berkaitan. Ada juga pelajar yang tertinggal topik ketika belajar dan mereka perlu belajar last minit. Jadi, apakah cara belajar last minit yang sesuai? Berikut adalah 7 tips belajar last minute untuk subjek matematik. 

1) FOKUS SOALAN YANG BANYAK MARKAH

Jika anda tidak faham dari awal, atau tidak belajar awal-awal, anda hendaklah fokus kepada soalan-soalan yang banyak markah. Perbanyakkan buat latihan soalan-soalan tersebut. Ini penting supaya anda boleh mendapat markah yang banyak. Jika sudah menguasai dan yakin dengan soalan yang banyak markah, barulah anda mencuba soalan yang lain.

Untuk mengetahui mana soalan yang banyak markah, anda rujuk buku-buku rujukan yang berada di pasaran atau rujuk guru-guru anda. Lihat buku-buku rujukan dan tengok apa markah untuk setiap soalan terutamanya matematik kertas 2. Biasanya buku-buku rujukan akan disediakan markah.

Tips bagi umat Islam : Jika jumpa soalan susah, tinggalkan  dahulu, yakin dan katalah  “Insya-Allah, selepas ini aku boleh buat soalan itu”

2) BUAT LATIHAN DAN LIHAT SKEMA JAWAPAN

Anda banyakkan buat latihan melalui buku rujukan dan lihat skema jawapan. Ini supaya jika anda tahu skema jawapanya barulah anda berasa yakin untuk menjawab soalan matematik dan anda dapat melihat di mana kesilapan anda semasa menjawab soalan. Jika anda sudah tahu kesalahan anda, tetapi tidak tahu di mana silapnya, jangan putus asa, tanyalah guru-guru atau kawan-kawan yang tahu.

3) LIHAT SEMULA MARKAH-MARKAH UJIAN YANG LALU, DAN KENAL PASTI KESALAHAN

Anda hendaklah lihat semula markah-markah ujian yang lalu dan cari apa kesalahan yang anda buat. Ini supaya anda belajar dari kesilapan dan tidak buat kesilapan yang sama lagi. Untuk mengetahui cara jalan kerja yang anda salah jawab, tanya guru-guru anda atau rujuk buku-buku rujukan.

4) FOKUS SOALAN MUDAH DAN BOLEH DIJAWAB

Lihat contoh-contoh soalan yang lepas dan fokus soalan yang mudah dan boleh dijawab. Jika tidak tahu mana soalan yang mudah dan boleh dijawab, tanya guru-guru anda. Guru anda pasti tahu tips-tips menjawab soalan. Itulah gunanya anda ke bengkel-bengkel atau seminar-seminar teknik menjawab soalan matematik. Jika anda fokus soalan yang susah, sudah tentu anda akan terlambat dan sudah tidak banyak masa pula untuk belajar soalan yang mudah. Jadi fokus soalan mudah dahulu, sudah mahir, baru cuba soalan yang susah pula.

5) SET MINDA ANDA TENANGKAN HATI ANDA

Setkan dalam otak anda bahawa matematik tidak susah. Tenangkan fikiran anda dan jangan gopoh/gelabah ketika anda sudah terlambat untuk belajar. Anda tidak terlambat lagi untuk belajar, gunakan tips-tips cara study smart untuk belajar matematik. Setelah anda study smart baru anda study hard. Sentiasa berfikir positif dalam diri anda. Setkan minda anda dengan menggambarkan kejayaan dan sasaran yang anda mahu capai. Gambarkan keadaan anda mendapat A dalam matematik/matematik tambahan.  Ini kerana semakin jelas gambaran anda, semakin tinggi usaha anda untuk merealisasikannya

Baca : 10 Tips Cara Belajar Matematik Untuk Anak Anda

6) BANYAK BUAT UJIAN SOALAN-SOALAN TAHUN LEPAS

Perbanyakkan buat soalan-soalan yang lepas. Seperti yang penulis kata tadi, selalunya soalan-soalan adalah sama. Cuma yang berubah hanya nombor dan sedikit konsep pemahaman sahaja. Setelah anda sudah terbiasa buat soalan-soalan yang lepas, barulah anda berasa yakin dan tidak gugup untuk menjawab soalan-soalan peperiksaan besar.

exam

7) BERDOA

Akhir tips, anda banyakkan berdoa supaya dipermudahkan fikiran dan hati dan tidak gugup dan gopoh untuk menjawab soalan. Setelah anda penat berusaha, penat belajar, banyakkanlah berdoa dan bertawakal. Istiqamah adalah penting untuk mencapai kejayaan. Insya-Allah, mudah-mudahan anda mendapat A+ atau A dalam subjek Matematik/Matematik Tambahan.

Semoga anda dapat manfaat dengan hasil perkongsian ini dan cuba aplikasikan tips ini untuk belajar last minute. Akhir kata, semoga anda semua terus sukses mencapai kecemerlangan dan mendapat keputusan baik dalam ujian peperiksaan.

Leave a Reply