Cara Mengatasi Stress Belajar

Anda stress bila belajar? Jom ikuti perkongsian bagaimana atasi cara stress belajar. 

Stress belajar adalah sentiasa berlaku di kalangan pelajar lebih-lebih lagi ditambah dengan masalah-masalah yang tiada kaitan dengan pelajaran, seperti masalah keluarga, masalah kewangan dan bermacam-macam lagi. 

Jadi stress adalah perlu dikawal agar kita berasa tenang dan boleh melakukan kerja. Dapatkan bantuan dari rakan-rakan, ibu bapa atau dari seorang yang pakar sekiranya anda rasa stress sehingga kerja/pembelajaran anda terganggu dan elakkan berhadapan stress seorang diri. Luahkan perasaan anda dan ‘keluarkan’ stress yang ada dalam diri. 

Jadi apa cara mengatasi stress ketika belajar? Peringatan : harap anda tak stress pula baca artikel ini. 

a) Teknik Menarik Nafas 
Teknik menarik nafas dan menghembus nafas perlahan-perlahan ialah cara paling mudah untuk mengatasi stress. Bernafas dengan cepat akan meningkatkan tindak balas tekanan. Bertenanglah dan bernafas secara perlahan bagi membekalkan oksigen yang secukupnya kepada otak. Cara menarik nafas adalah tarik sedalam-dalamnya menggunakan hidung dan tahan 3 saat kemudian melepaskan nafas perlahan-perlahan menggunakan mulut.

b) Melakukan aktiviti senaman
Buatlah aktiviti senaman yang paling ringkas seperti berdiri sekali sekala ketika belajar, mengeliat dan buat regangan lembut. Anda juga boleh mengambil udara sekejap diluar dan membuat senaman ringkas. Rujuk gambar dibawah untuk mendapatkan senaman yang ringkas.

exercise.jpg

Sumber : http://simplytipsforsafetyexercise.blogspot.com/2014/04/simple-exercise-safety-tips-for.html

c) Belajar di tempat yang bersih, tenang, terang dan selesa. 

d) Jika anda dilanda masalah selesaikan dulu. Jika tidak mampu menyelesaikan masalah itu, cuba berbincang dengan keluarga atau rakan-rakan terdekat supaya masalah itu dapat diselesaikan secepat mungkin. Jika tidak, anda pasti terfikir-fikir sehingga menyebabkan anda stress dan tidak boleh fokus. 

e) Bersukan dan melakukan hobi
Pergilah bersukan dan melakukan hobi yang anda suka seperti bermain bola sepak, berenang, membeli belah, dan sebagainya. Ia dapat mengurangkan tekanan dalam fikiran anda. 

Kids-playing-futsal-2-1024x683.jpg

f) Tidur secukupnya
Tidur yang cukup akan menyegarkan fizikal dan emosi kita. Tidur yang cukup juga dapat membantu menyusun ingatan dalam otak kita. 

g) Elakkan mengambil makanan yang tinggi lemak. Pastikan mengambil makanan yang menyihatkan. Jika tidak hal ini akan menyebabkan tenaga anda menjadi lemah. Elakkan juga makanan atau minuman berkaffein kerana ia memburukkan lagi kebimbangan dan boleh mencetuskan serangan panik. Sebaiknya minum air kosong. 

Sumber : Berita Harian, 7/10/2014