Nak Study Hard ke Study Smart??

STUDY HARD STUDY SMART

Anda sebagai pelajar nak belajar study hard ke study smart atau kedua-duanya sekali? 

Study Hard atau Study Smart?

Jom kita ikuti perkongsian kali ini, 

Ramai cikgu-cikgu di sekolah berkata anda perlulah study hard untuk mencapai A dalam peperiksaan. Memang betul, matematik memerlukan study hard untuk dapat A, kerana matematik ialah satu jalan pengiraan dan memerlukan banyak latihan. Tetapi, jika kita study hard sahaja, mengapa masih ada yang mendapat keputusan yang mengecewakan? Pernahkah kita mendengar ungkapan sebegini,

“aku penat belajar siang malam, result tetap sama, tak berubah”, “mengapa keputusan aku teruk?, aku dah belajar bersungguh-sungguh dah”

result exams.jpgGambar hiasan

Jika anda sudah study hard, tanya diri balik,

Adakah anda study hard dan sudah menguasai konsep-konsep serta latihan matematik?

Adakah anda faham dan tahu apa soalan yang selalu keluar, soalan-soalan bonus, tips-tips, dan teknik-teknik menjawab soalan?

Itulah study smart. Kesimpulannya, kita mestilah study smart then study hard.

Bagaimana?

Anda mestilah faham dan tahu soalan-soalan dan konsep-konsep soalan yang sering keluar dalam peperiksaan besar seperti, UPSR, PMR, SPM, STPM. Anda mestilah selalu menghadiri bengkel-bengkel atau ceramah tips-tips menjawab matematik, teknik menjawab matematik dan sebagainya.

Buat mind-mapping bagi setiap topik-topik matematik supaya anda nampak semua yang terkandung dalam topik itu dan tidak tertinggal formula-formula kecil dalam topik.

Teknik belajar yang betul dalam belajar matematik. Jangan fikir buat latihan sahaja. Anda kena tahu apa soalan yang sering ditanya, tips-tips soalan dan jawapan, kesalahan-kesalahan yang sering dilakukan pelajar, dan sebagainya.

Buat latihan yang sering keluar dalam peperiksaan besar. Biasakan buat latihan-latihan yang lepas. Jika anda sudah biasa dengan konsep tersebut, anda tidak akan takut dan gugup bila menjawab soalan peperiksaan besar nanti.

Oleh itu, selepas anda sudah study smart, barulah anda boleh berusaha bersungguh-sungguh(study hard) untuk menjawab soalan matematik. Bersungguh-sungguh bererti melakukan dengan penuh komitmen dan memberikan sepenuh tumpuan yang ada.

“Study Smart then Study Hard”

 

Leave a Reply