Apa itu Shou Sui dalam Tahun Baru Cina?

Shou Sui adalah salah satu amalan tradisional pada Malam Tahun Baru Cina. Pada hari yang sangat istimewa ini, semua ahli keluarga akan berkumpul dan beramah mesra untuk menyaksikan Malam Tahun Baru Cina. Bahagian pertama “Shou” bermaksud menonton dan menunggu dan “Sui” juga dikenali sebagai “Nian” yang bermaksud tahun.

ang pau.jpg

Bermulanya “Shou Sui”, menurut cerita rakyat pada zaman purba, pernah keluarnya binatang buas bernama “Nian” yang hidup di pedalaman hutan dan makan semua jenis binatang. Ia membunuh banyak ternakan dan menyebabkan kerosakan dan penderitaan yang besar kepada kehidupan orang ramai. Orang ramai ketakutan dan selepas orang ramai sudah belajar dan tahu kelemahan dan tabiat binatang ini, bahawa serangan binatang ”Nian” hanya muncul sekali setiap 365 hari iaitu pada waktu malam, dan ia hilang pada keesokan harinya. Apabila munculnya binatang “Nian”,  semua orang mencatat tarikh serangan Nian dan cepat-cepat untuk melindungi diri mereka dari binatang tersebut.

thelegendarynian_0.jpg

Pada malam itu juga, para suri rumah sudah menyediakan makanan terlebih dahulu, dan semua orang kunci semua binatang ternakan yang ada. Selepas mengunci semua pintu yang ada, ahli keluarga akan bersembunyi secara di dalam bilik dan terus makan malam beramai-ramai (kerana mereka tidak dapat meramalkan nasib mereka pada malam yang berbahaya itu, mereka menyiapkan diri mereka dengan makan besar yang dihidangkan)!

Namun, selepas makan malam, dengan perut mereka penuh, tiada siapa yang berani tidur. Sebaliknya, mereka tidur lewat, berbual dan beramah mesra sesama mereka.  Lama-kelamaan, cerita tentang binatang “Nian” keluar menyerang semakin berkurang, Namun disebabkan cerita binatang “Nian”, semua sudah terbiasa dengan tabiat mereka  iaitu kunci rumah dan duduk bersama dengan kaum ahli keluarga mereka pada malan Tahun Baru Cina dan cerita tentang binatang “Nian” terus dikenali sebagai legenda yang diingati oleh kaum cina.

Rujukan : https://en.gotohz.com/whyhangzhou/traditionfolklore/201307/t20130703_84570.shtml

Jom Baca : Sejarah Bermulanya Tahun Baru Cina