Kenapa Pelajar Bila Belajar Matematik Rasa Susah?

Ramai pelajar terutama lemah dengan matematik akan hilang keyakinan untuk menjawab soalan matematik. Bila nak jawab je rasa susah dan hilang semangat.

Sering kali jawapan pelajar apabila ditanya kenapa tidak suka matematik jawapannya adalah susah. Apakah yang dirasakan susah? Susah hendak menjawab soalan? Percayalah matematik hanyalah memerlukan LATIHAN, tidak perlu membaca. Jadi, anda cuma perbanyakkan latihan matematik dan pastikan anda dibantu oleh rakan-rakan yang pandai matematik atau tutor  supaya lama-kelamaan anda menjadi seronok dalam menjawab matematik. Ini kerana apabila telah selesai dan berjaya menjawab, kita akan merasa satu kepuasan dan akan berkata senang terhadap subjek tersebut.

Selain itu, ini semua adalah hanya dalam pemikiran sahaja. Jadi, apa kata kita buang sifat susah dan cuba tanamkan sifat minat/suka terhadap matematik.

Cuba anda fikirkankan dengan berkata susah terhadap subjek yang menjadi kegemaran anda? Tentunya ada sesuatu yang menghalang anda untuk menjawab soalan terhadap subjek tersebut bukan. Jadi, buang sifat susah dalam pemikiran anda dan cuba tanamkan minat/suka terhadap subjek matematik. Insya Allah, lama-kelamaan kita akan menjadi seronok dengan subjek matematik ini.

Selain itu, anda juga hendaklah tanamkan minat/suka terhadap cikgu matematik yang mengajar. Ini secara tidak langsung apa yang cikgu mengajar akan cepat masuk dalam otak kita,seterusnya menjadi senang untuk menjawab soalan.

Kenapa belajar matematik ni rasa susah? Berikut penulis berkongsi 4 antara sebab kenapa pelajar bila nak belajar matematik je rasa susah. 

1) TIDAK FAHAM KONSEP ASAS

Pelajar tidak memahami konsep asas dalam matematik, jika ada kerja rumah, kebanyakan akan meniru, dan buat janji siap. Elakkan sikap begini, kerana ini boleh menjadi tabiat nanti dan seterusnya mendapat markah yang tidak bagus. Sebab itu, apabila mahu belajar matematik pelajar akan berasa susah dan malas sebab tidak tahu konsep asas.

Boleh hendak meniru, tetapi dengan syarat hendaklah berbincang dan mengetahui cara menjawab soalan.

2) MALAS BUAT LATIHAN

“alaa,susahla math..malas la..”

“banyaknya latihan, malas la buat..tiru jer..”

Elakkan sikap malas dalam diri anda, jika ada kerja rumah, anda hendaklah terus buat dan siapkan. Jangan bertangguh!! Ini menyebabkan anda menjadi malas dan meniru sahaja. Jika tidak faham, tanya kawan, guru sekolah, atau pensyarah jika mereka sibuk, tanya ibu bapa, jika sibuk juga, usahakan diri anda untuk bertanya sehingga faham dan faham.         

Baca : 10 Tips Cara Belajar Matematik Untuk Anak Anda

3) MALAS BERFIKIR

Matematik memang memerlukan latihan dan berfikir untuk menjawab soalan. Memang betul, kebiasaan mula-mula  pelajar akan berasa susah dan malas belajar tetapi apabila sudah berjaya menyelesaikan masalah dan berjaya menjawab soalan, ini akan menyebabkan pelajar akan berasa sangat seronok. Dan seterusnya pelajar akan terus belajar, belajar dan belajar matematik kerana seronok berfikir menyelesaikan dan menjawab soalan. Oleh itu, susah mana pun, anda teruskan juga latihan. Jangan putus asa!!

Ingat jika sentiasa berfikir selalu, lama-kelamaan kita akan menjadi seorang yang kreatif, bijak dan boleh menyelesaikan masalah dengan mudah. Disediakan juga doa menghindari malas untuk umat Islam.

Baca : Ketahui 10 Kaedah Cara Minat Matematik Kepada Anak Anda

4) BANYAK FORMULA KENA HAFAL

Ini juga sering diperkatakan oleh pelajar sebab-sebab tidak suka dengan subjek matematik. Memang betul, sejak dari sekolah sehingga sekolah menengah, semakin banyak rumus-rumus yang perlu dihafal.

Ingat!!

Rumus atau formula perlu selalu dipraktikkan, bukan hafal.

Cuba anda fikirkan apa akan jadi jika rumus-rumus atau formula tersebut tidak wujud dalam matematik. Tentu lebih menyusahkan bukan. Jadi, dengan adanya rumus/formula ini, ia sebenarnya lebih memudahkan anda. Jadi, untuk sentiasa ingat rumus/formula tersebut, kita hendaklah SENTIASA PRAKTIKKAN/ GUNAKAN rumus/formula tersebut, supaya ia secara tidak langsung anda sudah menghafal. Jadi tiada gunanya perlu bersusah-payah untuk menghafal rumus sedangkan anda tidak selalu praktikkan.

Baca : Jom sertai Bengkel Oh Mudahnya Matematik (belajar sambil bermain)

Perkongsian ini dikongsikan oleh Cikgu Afiq merupakan guru tuisyen sepenuh masa mengajar subjek matematik dan berpengalaman selama 10 tahun.