5 Perkara Yang Boleh Dipelajari dari Drama Hausboom dan Syed Saddiq Sebagai Seorang Usahawan

Posted by

Perkongsian ini dikongsikan oleh Mohammad Nurdin tentang 5 perkara yang boleh kita belajar dari ‘drama Hausboom dan Syed Saddiq’ sebagai seorang usahawan. 

Apa 5 perkara tersebut? 

Perkara 1 : Elakkan bercampur dengan  politik lebih-lebih lagi beritahu siapa yang anda sokong.

Apabila terlibat dalam bidang politik, ia boleh menghilangkan sasaran pasaran anda kerana apabila anda bebas beritahu siapa politik yang anda sokong, ia secara automatik beberapa sasaran pelanggan anda akan hilang, dan mungkin pelanggan yang sama sokong politik dengan anda sahaja yang setia dengan anda. 

Perkara 2 : Menetapkan Jangkaan Yang Realistik

Sebagai pengasas perniagaan, tetapkan jangkaan yang realistik supaya kita dapat hasil yang relevan. Untuk menetapkan jangkaan realistik, dapatkan nilai dan angka yang jelas apabila anda melabur sesuatu yang besar. Katakan jika anda ingin memasarkan produk anda melalui pemasaran digital. Mungkin anda boleh menyewa agensi digital untuk berbincang dan membelanjakan wang pada iklan FB, mencari instafamous atau influencer yang ada follower yang ramai. Agensi digital boleh membantu anda untuk mengenal pasti nilai-nilai atau apakah jangkaan anda jika influencer bersetuju untuk mempromosikan produk anda. Apakah impak kepada perniagaan anda apabila tawaran anda tidak diterima? Juga, perlu memikirkan apakah jangkaan mereka? Adakah objektif mereka lebih besar daripada anda, atau anda lebih besar daripada mereka? Elakkan berfikir tentang diri kita sendiri sahaja.

Tentukan jangkaan anda. Adakah ia pernah berjaya? Sekiranya tawaran tidak berjaya, tenangkan diri anda kerana jangkaan yang tidak realistik bermula dari keadaan anda yang tidak tenang. Buka minda anda dan tenangkan fikiran sekiranya tawaran tidak diterima.

Kenal pasti jangkaan yang paling realistik dengan tanyakan pada diri anda sendiri, “Jika tawaran ini berjalan lancar, bagaimana keadaan selepas ini?” DAN “Jika tawaran ni tidak berjaya, apa yang saya perlu lakukan?”

Perkara 3 : Elakkan Mengeruhkan Lagi Keadaan

Salah satu peraturan yang saya belajar dalam perniagaan adalah Elakkan Mengeruhkan Lagi Keadaan. 

Jika anda berada dalam perniagaan dan anda mengharapkan segala-galanya adalah semua yang menakjubkan, hebat, semuanya hanya sementara sahaja. Hidup dalam perniagaan ada turun naiknya. Namun, SEKIRANYA kita tahu kita berada dibawah dan  anda dikecam, jangan keruhkan lagi keadaan. Sebaliknya, cuba selesaikan situasi dengan penyelesaian atau persetujuan yang berfungsi untuk kedua-dua pihak. Jika mereka tidak bersedia, tidak mengapa. Jangan bawa mereka, jangan biarkan keadaan lebih buruk lagi. 

Jangan menghina secara terbuka, merosakkan reputasi mereka atau apa-apa seperti itu. Maafkan, lupakan dan lepaskan.

Perkara 4 : JAGA Perhubungan Awam dengan orang sekeliling

Memilih pemasaran yang buruk adalah salah satu kesilapan pemasaran yang terbesar. Pemasaran virus boleh meningkatkan jualan anda tetapi dengan publisiti yang buruk boleh merosakkan reputasi syarikat anda. Pemasaran virus yang teruk juga boleh mengasingkan sebahagian daripada asas pelanggan anda. Ada yang mengatakan aksi PR yang buruk adalah salah satu perkembangan perniagaan dan saya tidak pasti dan tidak setuju tentang itu. Oleh itu, JAGA dan ELAKKAN menggunakan medium pemasaran yang buruk dengan orang sekeliling lebih-lebih lagi pelanggan setia anda. 

Perkara 5 : Jaga Sikap Anda Sebagai Usahawan

Walaupun anda ada pengetahuan, kemahiran, dan bakat, sikap buruk anda boleh menghancurkan perniagaan anda. Kunci dalam perniagaan untuk menandingi persaingan dan mencapai kejayaan adalah kawal mental anda. Oleh itu, rendahkan hati dan jaga ego anda sebagai seorang usahawan. 

Walaupun ada sesetengah bagus untuk ada ego tetapi tengok pada keadaan dan tidak semua yang bagus untuk tinggikan ego anda. Ia akhirnya menyebabkan anda berbuat silap dengan menjadi ego yang tinggi.  Perlu diingat kesilapan tetap kesilapan. Ambil kesilapan sebagai maklum balas untuk kita terus belajar berkembang dan menjadi siapa diri kita yang sebenar. Setiap orang ada egonya tersendiri, namun perlulah dikawal dan hanya ada satu cara untuk dikawal iaitu anda sendirilah yang mengawalnya. Oleh itu, terimalah kritikan dengan hati yang terbuka dan akui kesilapan anda. 

Sumber : http://mnurdin.com/lesson-learned-from-hausboom-and-syed-saddiq-drama-as-an-entrepreneur/#more-353

Kredit : www.mnurdin.com

 

 

 

Leave a Reply