Kenapa Kita Susah Nak Ingat Maklumat Yang Banyak Dalam Satu Masa?

Cuba anda sebutkan 15 perkataan dibawah dalam satu masa dan sebutkan semula tanpa melihat perkataan tersebut.

Ali
Pokok
Sambal
Kerusi
Pensil
Makan
Jalan
Gagah
Kalkulator
Kertas
Buku
Fail
Makanan
Baju
Televisyen
Adakah berjaya sebut semua perkataan? Pasti tidak berjaya bukan?

Ini kerana setiap orang ada short term memory dan long term memory.  Short term

memory ada kapasitinya iaitu hanya boleh mengingat 7+- perkara sahaja untuk 20 perkara. Dan apabila anda mengulang beberapa kali perkara tersebut atau anda membahagikan perkara-perkara tersebut hasil perkara yang anda ingat itu akan dipindahkan ke dalam long term memory. 

—————————————————————————————————————————————–

Apa itu Short Term Memory?

Short Term Memory adalah menerima memori yang diterima terus oleh 5 fungsi deria (Lihat, Dengar, Bau, Sentuh, Rasa). Kapasiti 7 +- perkara boleh diingat. 

Apa itu Long Term Memory?

Long Term Memory adalah tempat simpanan untuk  maklumat yang lama hasil maklumat yang diterima dari Short Term Memory.

————————————————————————————————————————————
Namun, ada satu lagi istilah yang dipanggil Working Memory. Apa itu Working Memory?

WORKING MEMORY adalah tempat simpanan di mana ada hubungan langsung hasil penerimaan antara maklumat yang lama dan maklumat yang baru.

 
CONTOH 1 :
 
Long Term Memory : Kita dah hafal Lagu Negaraku
 
WORKING MEMORY : Cuba kita nyanyi lagu negaraku dalam keadaan terbalik.
 
CONTOH 2 :
Short Term Memory : Cuba hafal no. ni 4639567812
 
Working Memory : Cuba sebut no. di atas dalam keadaan terbalik dari kanan ke kiri pula. (Tanpa tengok no. tersebut dan selepas hafal dari kiri ke kanan)

Adakah anda rasa mencabar?  Itulah bermakna anda sedang menggunakan Working Memory. 

 
KAITAN Working Memory dalam matematik?
 
a) Mental Arithmetic banyak menggunakan aktiviti Working Memory. (Alloway, 2006).
 
b) Bulatan (Semua tajuk libatkan bulatan)
 
c) Istilah dalam Matematik (Faktorkan, Janjang, Selesaikan, Permudahkan, Punca dsb)
 
d) Shape yang lebih kurang sama. (Banyak confusekan pelajar dan masa ni mereka guna WM dalam otak)
 
Working Memory ada limit dan sebab itu kenapa kita susah nak hafal atau cepat lupa sebab penggunaan Working Memory sudah penuh dalam otak.
 
Jadi, BAGAIMANA NAK ATASI LIMIT DALAM Working Memory?
 
Cara ini banyak digunakan oleh trainer atau pakar motivasi antaranya :-
 
a) CHUNKING : Proses jadikan unit tersebut satu kumpulan. (Boleh jadi nombor, ayat atau apa jenis asalkan mudah ingat)
 
Contoh : Nak ingat nombor 2010335611 mungkin susah, jadi ingat cara 2010 iaitu tahun, 335 3 nombor pertama dan 611 3 nombor kedua.
 
b) AUTOMASITI :  Latih tubi berterusan, berulang dan banyakkan latihan secara automatiknya kita sudah ingat.
 
Contoh : Drive kereta, Dulu susah kita ingat nak drive kereta dari tempat A ke tempat B. Sekarang semua sudah ingat siap sambil cakap dalam phone lagi sebab kita selalu drive lalu situ hari-hari. 😂
 
c) DUAL PROCESSING :  Hubungan dua hala antara guru dan pelajar. (Cikgu menggunakan step by step dalam teknik mudah ingat untuk pelajar, Cikgu boleh guna Bahan external memory, Cikgu kurangkan tanya soalan yang confuse pada pelajar dsb)
 
KESIMPULAN
Semua orang ada WM dan setiap WM ada limitnya. Jadi sebab itu kenapa kita kadang-kadang cepat lupa, atau masih lagi tak faham dengan apa yang orang lain ajar (Bermakna penggunaan Working Memory kita sudah penuh)
 
Bila sudah penuh, gunakan 3 cara atasi limit dalam WM. InsyaAllah berhasil.

Nahh, dengan hasil perkongsian tadi, sekarang cuba anda menggunakan 3 cara untuk ingat semula 15 perkataan tadi. Sekarang pasti anda boleh sebutkan semua perkataan tersebut. 

 
Sumber :(Farehan, 2008) (Eggan, Kauchak 2007), https://science.howstuffworks.com/life/inside-the-mind/human-brain/human-memory2.htm, Cognitive Factors Learning