Pastikan FOKUS Ketika Belajar Matematik

Posted by

Dalam matematik, fokus ketika dalam kelas adalah paling penting sekali kerana sekiranya anda hilang fokus, anda akan tertinggal sebutan-sebutan dalam matematik dan menjadi kurang faham dengan jalan kerja yang diajar oleh guru. Oleh itu, fokus di dalam kelas sangat penting.

Menurut salah seorang pakar usahawan dan motivasi iaitu Azizan Osman makna fokus ialah FOKUS – FOCUS ONE COURSE UNTIL SUCCESS

Bermaksud kita mesti fokus kepada satu sehingga berjaya. Ini bermakna sekiranya anda tidak faham dengan sesuatu topik , fokus dan fahamkan topik tersebut sampai berjaya. Dalam matematik, ada topik yang berkaitan antara satu sama lain, jadi tanya guru apa topik yang berkaitan antara satu sama lain dan fokus kepada topik tersebut.  Contoh, antara topik yang berkaitan antara topik-topik yang lain ialah topik tingkatan 3 iaitu Persamaan Linear dan Ketaksamaan Linear. Topik tingkatan 3 Poligon dan Sudut dan Garis, kerana melibatkan sudut. Sekiranya anda tidak faham salah satu topik tersebut, anda akan merasa sukar untuk faham topik yang berkaitan. Oleh itu, fokus kepada satu topik sehingga anda faham.

Fokus ketika belajar juga jangan sampai diganggu oleh kawan-kawan yang menggangu kita. Fokus yang anda buat latihan sehingga anda FAHAM, YAKIN DAN BERJAYA.

Sekiranya anda tidak faham terhadap topik-topik tertentu, anda hendaklah fokus kepada topik yang tidak faham dan faham kan, banyakkan bertanya, sampai anda faham dan berjaya menjawab latihan tersebut.

Dan dalam tips-tips atau topik-topik, sekiranya anda seorang yang lemah matematik dan ingin mendapat A, fokus pada soalan-soalan yang anda faham dan boleh buat, atau fokus kepada soalan yang beri banyak markah

dr asmadi
Kredit gambar : tengkuasmadi.com

Tumpuan adalah ibu kecemerlangan, Kejayaan dalam dewan peperiksaan bermula dari kelas. (Dr Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad PhD)

Selain itu, anda juga setkan minda anda untuk fokus kepada kejayaan dan A dalam matematik. Elakkan fokus kepada susahnya matematik, sekiranya anda fokus pada susah, maka susahlah ia. Fokus dan tenangkan diri untuk menjawab soalan matematik dan banyakkan bertanya sekiranya tidak faham. Jangan putus asa dalam menjawab matematik. Orang yang berjaya adalah orang yang tidak kenal putus asa, oleh itu, jawab sampai anda faham dengan matematik. Apabila anda faham dan berjaya jawab matematik, anda akan berasa seronok dan bermotivasi untuk jawab soalan matematik. Itu antara sebab kenapa ada pelajar yang sangat suka dengan subjek matematik, antara sebabnya ialah kerana apabila dia telah berjaya menjawab akan rasa kepuasan dan ingin jawab soalan lagi dan lagi sehingga faham.

Baca : 10 Tips Cara Belajar Matematik Untuk Anak Anda

Anda bayangkan apa yang akan anda fikirkan sekiranya anda menjadi seorang pelajar yang paling terbaik didalam kelas? Menjadi pelajar yang membanggakan ibu dan ayah yang berkorban dan membesarkan anda selama ini? Menjadi pelajar yang sering dijadikan rujukan oleh kawan-kawan yang lemah dalam matapelajaran matematik? Tentunya anda berasa bangga bukan dan yang paling penting keyakinan anda akan meningkat untuk menjadi lebih baik dan baik lagi dalam matematik. Oleh itu, anda jadilah diri anda seorang yang istimewa dan terbaik didalam kelas jika di sekolah itu lebih baik. Anda jadikan diri anda sebagai rujukan oleh kawan-kawan anda yang lemah matematik, anda menolong dan mengajar kawan-kawan anda dalam matematik. Menurut pakar psikologi, untuk meningkatkan lagi pemahaman, 90% adalah dengan mengajar. Oleh itu, berilah tunjuk ajar kepada kawan-kawan yang lemah dalam matematik. Ini secara tidak langsung, anda juga akan lebih faham dan lebih ingat selepas ini. Ini juga mendatangkan manfaat kepada kedua-dua pihak iatu anda dan kawan-kawan anda.

Jadikanlah diri anda seorang yang istimewa di dalam kelas dengan menjadi pelajar yang paling pandai dalam matematik.

Ini secara tidak langsung anda akan bermotivasi untuk belajar matematik. Mengikut pengalaman penulis, dalam kelas ada seorang pelajar  lelaki yang paling pandai matematik dan sering mendapat markah tinggi. Disebabkan dia paling pandai maka ramailah pelajar yang mengerumuninya untuk belajar matematik dengannya, tidakkah ni satu kelebihan kepada anda bila anda pandai matematik. Ramai guru dan pensyarah yang suka dengan pelajar pandai ini juga. Oleh itu, jadilah pelajar yang paling special dalam kelas dengan pandai matematik.

Baca : Nak Study Hard ke Study Smart??

Leave a Reply