Tetapkan Matlamat dan Cita-Cita Tinggi

MATLAMAT DAN BERCITA-CITA TINGGI

“Setting goals is the first step in turning the invisible into visible” – Tony Robbins

Berdasarkan kata-kata dari pakar motivasi no.1 dunia Tony Robbins dengan bermaksud menetapkan matlamat anda adalah langkah pertama untuk menjadikan perkara mustahil jadi benar. Ini bermaksud walau apa pun matlamat kita yang dilihat mustahil, sebenarnya tidak mustahil sekiranya kita bercita-cita tinggi dan menetapkan matlamat kita.

Seperti contoh, Ong Jin Hock, bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim, Sungai Petani, Kedah merupakan salah seorang pelajar cemerlang dengan menjadi pelajar pertama ambil 13 subjek  dan mendapat semua A1 dalam semua subjek pada SPM tahun 2000. Antara nasihat beliau ialah letakkan matlamat tinggi walaupun kita pernah mendapat markah rendah. Jangan letakkan sasaran rendah dan percaya pada diri sendiri yang anda boleh mendapat matlamat tinggi tersebut.

Sekiranya anda ingin menetapkan matlamat anda pastikan ianya bertulis dan spesifik. Ini kerana menurut kajian, hanya 3% sahaja yang menulis matlamat dan selebihnya banyak hanya berkata sahaja tentang matlamat.

Contoh menetapkan matlamat ialah saya ingin mendapat 9A+ dalam semua matapelajaran yang saya ambil, saya ingin belajar setiap hari bermula jam 8 malam sehingga 10 malam, saya ingin mengulangkaji pelajaran setiap kali selepas sessi persekolahan, setiap hari sabtu dan ahad saya pastikan saya belajar selama 6 jam dan Berjaya faham, atau saya ingin memastikan kerja rumah saya siap sebelum dihantar pada guru,saya ingin menjadi seorang doktor yang membantu ramai orang memastikan hidup mereka sentiasa sihat.

Baca : Cara Mengatasi Stress Belajar

Kenapa kita mesti tulis matlamat kita? Ini disebabkan menurut pakar kajian, menulis matlamat akan menyebabkan kita akan jadi terikut dan terarah kepada matlamat kita. Ia akan masuk ke dalam otak kita dan menjadikan kita bervisualisasi dengan matlamat kita, kita akan membayangkan dan merasai apa yang kita akan dapat dengan matlamat yang kita telah tetapkan tersebut. 

Sekiranya anda menulis matlamat dengan jelas, anda akan terus berusaha  dan sekiranya ada kegagalan anda tidak akan mudah putus asa dan terus bangkit sehingga anda mencapai matlamat anda. Selain matlamat , anda juga harus bercita-cita tinggi apa yang anda inginkan dalam hidup anda selepas tamat belajar nanti. Anda mahu jadi doktor,juruterbang,pegawai tentera, pegawai bomba, guru, penmsayarah dan sebagainya. Dan sekiranya anda tahu apa cita-cita anda, anda perlulah memastikan apa kriteria dan cara bagaimana untuk menjadi cita-cita ang anda inginkan.

Dalam konteks matematik, anda juga menetapkan matlamat untuk mencapai A dalam matematik. Dengan menetapkan matlamat untuk faham dan buat latihan tentang topic yang anda lemah. Contoh, dalam tingkatan 4, anda lemah tajuk garis lurus dan tidak faham tajuk tersebut selepas anda pelajari dalam kelas. Oleh itu, anda tetapkan matlamat anda,anda MESTI faham topik ini dengan membuat latihan setiap hari dan paksa diri untuk bertanya kepada guru tentang topik tersebut. Contoh lain ialah anda lemah sifir, anda perlu tetapkan matlamat anda untuk satu hari satu sifir dengan menghafal dan membuat latihan tentang sifir. Buat latihan dengan ibu atau bapa anda di rumah untuk menghafal sifir.

Rujukan : Teknik menjadi pelajar cemerlang,hasan mohd ali,phD

Baca : Kenapa Pelajar Bila Belajar Matematik Rasa Susah?