Beza Minda Kaya dan Minda Miskin. Anda Yang Mana Satu?

Posted by

Apa yang menjadikan seseorang itu kaya atau tidak, semuanya bergantung kepada minda. Untuk menjadi kaya, kita perlu mempunyai minda kaya. Artikel ini dikongsikan oleh Irfan Khairi, usahawan yang mendapat RM1 Juta pada umur 25 tahun untuk membincangkan perbezaan antara minda kaya dan minda miskin. 

ik 2.jpg

Sebelum itu, ingin dijelaskan bahawa dalam konteks minda, bukan bermaksud minda kaya adalah lebih baik daripada minda miskin. Keadaan minda kaya akan membuka peluang-peluang yang terdapat di sekeliling kita, manakala dengan mempunyai minda miskin, kita akan terasa bahawa peluang di sekeliling kita seperti tertutup. 

MINDA KAYA FIKIR BESAR, MANAKALA MINDA MISKIN FIKIR KECIL

Minda kaya mempunyai matlamat. Bukan sahaja matlamat biasa, tetapi matlamat luar biasa (Matlamat yang besar). Dengan mempunyai matlamat yang besar, minda kaya mempunyai satu fokus untuk dituju. Tanpa matlamat, sudah pasti kita tidak akan dapat melihat ke arah mana kita harus pergi. Minda kaya menetapkan matlamat setinggi bintang. Sekiranya berusaha, tetapi jika tidak tercapai, ia masih lagi akan mencapai bulan. 

Minda miskin pula berfikiran kecil. Sering kali, mereka adalah dalam lingkungan 98% masyarakat yang tidak mempunyai matlamat. Sekiranya ada matlamat pun, mungkin matlamat kecil, seperti ingin mencari wang secukupnya untuk menanggung perbelanjaan bulan depan! dan bulan depan pula, bermatlamatkan yang sama yakni ingin mencari wang yang secukupnya untuk bulan akan datang!

Minda miskin mempunyai matlamat yang kecil dan mempunyai jangka yang pendek. Manakala minda kaya mempunyai matlamat yang besar dan berfikir jauh sejauhnya ke hadapan!

MINDA KAYA MELIHAT “DUA” PILIHAN, MANAKALA MINDA MISKIN MELIHAT HANYA “SATU” PILIHAN

Seseorang yag mempunyai minda miskin akan melihat satu sahaja pilihan seperti, samada inginkan kekayaan ATAU kebahagiaan. Ingin menjalankan perniagaan ATAU meluangkan masa dengan keluarga. Ingin memberi dedikasi kepada mencari harta ATAU memberi dedikasi kepada keluarga. 

Minda kaya tidak melihat sebagai satu pilihan sahaja, tetapi segalanya mempunyai pilihan. Mengapa tidak inginkan kekayaan DAN kebahagiaan? Ingin menjalankan perniagaan DAN meluangkan masa dengan keluarga. Ingin dedikasi diri mencari harta DAN memberi dedikasi kepada keluarga. Tiada siapa yang kata kita hanya mempunyai satu pilihan dalam hidup. Kita mempunyai berbagai-bagai pilihan dan kita patut seimbangkan apa yang kita lakukan. Menjadi seimbang adalah dengan memiliki kedua-duanya. 

MINDA KAYA MELIHAT ORANG KAYA DENGAN PERASAAN INSPIRASI, MINDA MISKIN MELIHAT ORANG KAYA DENGAN PERASAAN BENCI

Mereka yang mempunya minda kaya akan mendapat rangsangan dan inspirasi dengan melihat orang yang telah berjaya. Rangsangan tersebut akan memberi motivasi kepada mereka untuk turut serta menjadi hebat. Satu teknik kejayaan yang penting dipanggil teknik “role-model” dimana, kita menjadikan kejayan seseorang lain sebagai dorongan untuk kita juga menjadi berjaya. Minda kaya sering mempunyai role-model yang positif. 

Manakala minda miskin pula melihat mereka yang berjaya dan mereka yang kaya dengan perasaan iri hati dan adakalanya benci. Minda miskin akan mengejek dan memberi response-response negatif melihat orang berjaya. Mungkin minda miskin akan berbisik “Eleh…bawak mercedes..mesti songlap duit syarikat”..atau “eleh…dah kaya-kaya macam ni, mesti kaki perempuan”

Apa yang terjadi kepada mereka yang mempunyai minda miskin adalah, mereka memenuhi minda sendiri dengan kata-kata negatif yang berkaitan dengan orang yang kaya dan berjaya. Apabila segalanya negatif yang digambarkan untuk mereka yang kaya, bagaimana pula sendiri “mahu” menjadi kaya. Sudah tentunya secara tidak sedar diri sendiri “takut” untuk jadi kaya oleh kerana takut nanti orang kata kita ini songlap duit syarikat dan kaki perempuan pula! Jadi berhati-hati dengan apa yang anda katakan di minda. Jangan sampai memakan diri sendiri!

MINDA KAYA BERGAUL DENGAN MINDA KAYA YANG LAIN, MINDA MISKIN BERGAUL DENGAN MINDA MISKIN YANG LAIN

Ada pepatah berbunyi, “If you want to fly with the eagles, you cannot be joining the turkeys”

eagles-turkeys-M-web-750x400.jpg

Maksudnya, untuk berjaya, kita perlu dekatkan diri dengan mereka yang berjaya. Orang berjaya yang mempunyai minda kaya. Berita baiknya adalah, minda kaya boleh berjangkit! Sekiranya kita sering berdampingan dengan orang yang berjaya, minda kita juga akan turut menjadi minda kaya. Oleh sebab itu kita sering lihat, mereka yang berjaya sering mendampingi mereka yang berjaya juga-kerana ingin minda berjaya menjangkiti minda masing-masing!

Berita buruknya pula adalah, begitu juga dengan minda miskin. Ia juga berjangkit! Sekiranya kita sering mendampingi mereka yang tidak berjaya, maka kita juga akan berfikiran seperti mereka. Kita akan menjadi sama seperti kumpulan kenalan yang kita dampingi. Bukan hendak kata jangan kawan dengan mereka yang tidak berjaya tetapi maksud saya adalah buka fikiran untuk mendekati mereka yang berjaya juga. Sila-sila, kenalan-kenalan minda miskin anda pula akan terjangkit dengan anda dan menjadi minda kaya! Semuanya menang!

MINDA KAYA FOKUS KEPADA PELUANG, MANAKALA MINDA MISKIN FOKUS KEPADA HALANGAN

Minda kaya akan sering fikirkan idea-idea baru dan peluang-peluang baru. Minda kaya adalah kreatif melihat peluang. 

Kreatif? Bagaimana kalau kita tidak kreatif? Mudah sahaja…fikirkan bahawa “kreatif” maksudnya “menjadikan lebih baik”. Kini, mudah untuk sesiapa sahaja menjadi “kreatif”. Kerana, anda hanya perlu fikirkan, bagaimana hendak menjadikan sesuati lebih baik?

Minda kaya akan sering melihat peluang, sehingga sering kali, halangan di hadapan tidak dapat dilihat kerana apa yang mereka fokus adalah peluang. 

Minda miskin pula fokus kepada halangan. Hendak memulakan perniagaan, dikatakan tiada modal. Hendak membuat jualan, dikatakan tidak pandai berbahasa inggeris, hendak berjumpa pelanggan, dikatakan tidak cukup masa. Semuanya adalah halangan yang bertopengkan alasan. 

Tiada modal? Kita memulakan perniagaan kecil tanpa modal! Tidak pandai berbahasa Inggeris? Kita beli akhbar berbahasa inggeris dan belajar perlahan-lahan. Tak cukup masa? Kita belajar cara menguruskan masa dengan lebih efisien-itulah pemikiran minda kaya. Tiada alasan, tiada halangan. Cuma peluang!-Berhenti sebentar dan fikirkan dimanakan kedudukan minda kita. 

Adakah kita mempunyai minda kaya atau kita mempunyai minda miskin. Pilihannya di tangan empunya diri-pilihannya di tangan empunya minda iaitu diri kita sendiri!

Artikel ini dikongsikan oleh Irfan Khairi dalam Majalah IK, isu 10

ik.jpg

Leave a Reply