Tips Untuk Ibu Bapa Yang Mengalami Masalah Anak Lambat Bercakap

LAHIRNYA anak ke dunia menjadi harapan setiap ibu bapa untuk melihat dia membesarkan dengan sihat dan sempurna.

Namun, ibu bapa pasti bimbang jika mempunyai anak yang belum bercakap meskipun si kecil itu sudah mencecah usia tiga tahu. Kebiasannya, apabila mencecahkan usia sekitar dua tahun, kanak – kanak mula menuturkan perkataan yang biasa disebut kepadanya walaupun pelat atau bahasanya sendiri.

Usaha ibu bapa bercakap dengan kerap bagi membantu meransang perkembangan si kecil amat diperlukan terutama dalam memastikan permata hati dapat membesar dengan sempurna.

Berikut antara tip yang boleh diguna pakai ibu bapa yang mengalami masalah anak lambat bercakap:

1.      Komunikasi pada peringkat awal iaitu seawal dari dalam kandungan. Walaupun dia tidak tahu apa – apa dan tidak faham apa yang dikatakan si ibu ketika itu, percayalah cara ini sedikit sebanyak mampu membantu.

2.      Gunakan ayat yang pendek dan mudah. Apabila anda mahu menerangkan sesuatu kepada anak, pastikan ada ruang antara satu ayat dengan yang lain supaya anak – anak berpeluang memberi tindak balas.

3.      Mimik muka anda semasa bercakap amat penting. Ia mestilah bersesuaian apabila menyampaikan sesuatu maksud perkataan atau ayat keapad si kecil.

4.      Teknik penceritaan melalui buku cerita akan membiasakan kanak – kanak untuk berkomunikasi justeru, biasakan diri untuk membaca dan bercerita kepada si kecil.

5.      Dedahkan anak anda kepada interaksi sosial kerana cara ini memberi peluang kepada mereka mendengar perbualan di samping berjumpa dengan orang yang baru dikenali.

6.      Anda mesti menjadi pendengar yang baik dan berusaha memberi perhatian serta cuba memahami apa yang disampaikan oleh anak anda. Jika apa yang disebutnya tidak jelas, anda mesti membantunya dengan memyebut beberapa perkataan yang anda rasa mungkin itulah yang cuba disebutkan anak anda.

7.      Jadikan amalan menyanyi bersama anak atau bercerita kepada mereka.

8.      Selagi anak boleh menggunakan beberapa patah perkataan, menggunakan bahasa isyarat untuk berkomunikasi dan memahami arahan mudah, boleh dikatakan perkembangan bahasa mereka adalah normal. Banyakkan berbual dengan anak, betanya dan cuba minta mereka bercakap.

9.      Andainya anak sudah mula boleh bercakap satu perkataan, ulang apa yang mereka sebut dalam ayat sempurna. Contohnya, apabila anak menyebut ‘nak’, tanyakan kembali “Adik nak apa ? Nak susu? Nak mainan ?” atau apabila dia sebut ‘bola’, ulang kembali ayat itu  “Adik nak main bola?” dan jadikan ia suatu kebiasaan.

10.  Jangan sesekali memaksa anak bercakap dan jangan pamerkan kekecewaan anda kerana mereka belum mampu bercakap. Bahasa yang pertama sekali dipelajari anak adalah bahasa emosi dan mimik muka.Mereka lebih mahir membaca perasan berbanding perkatan

Baca : Pemakanan Anak- Anak Bukan Setakat Lazat Dan Berkat

TIPS MEMBANTU ANAK BERCAKAP

1.      Banyak Berbual Dengan Anak Ketika Bayi

Ibu bapa perlu meluangkan masa berbual dengan anak ketika mereka masih bayi. Bercakap apa sahaja contohnya bercerita  mengenai apa yang dilihat dan dirasai. Walaupun mereka memberi tindak balas dengan menuturkan bahasa sendiri (tidak difahami ibu ), namun sekiranya ibu menjelaskan apa yang ingin diperkatakan anak lama – kelamaan anak akan mula memahami dan bercakap dengan bahasa yang betul.

2.      Banyak Mendedahkan Perkataan Kepada Anak.

Perlu diingat, anak – anak tidak semestinya diperkenalkan dengan perkataan baru melalui buku, tetapi juga menerusi deria seperti apa yang dilihat, disentuh, dirasa, atau dihidu. Bermain dengan anak secara aktif dapat membantu menluaskan kosa kata anak. Pastikan ibu menyebut perkataan berulang – kali agar dapat dingat anak.

3.      Pantau Penggunaan Gajet.

Gajet adalah punca utama anak lambat bercakap. Oleh itu ibu bapa perlu mengurangkan penggunaan gajet atau tidak memberikan langsung kepada anak terutama dalam fasa satu hingga lima tahun. Memang benar ada banyak rancangan dan video pendidikan dalam gajet yang boleh meransang minda mereka tetapi, kebanyakan program ini lebih bersifat sehala. Keadaan ini berbeza dengan bermain di luar rumah kerana terdapat pelbagai deria boleh digunakan sekali gus meransang minda mereka.

4.      Biarkan Anak Bergaul.

Anak – anak yang selalu bergaul dengan orang dewasa biasanya akan lebih cepat bercakap berbanding anak – anak yang bergaul dengan rakan sebaya. Oleh itu biarkan anak – anak bermain kerana aktiviti ini dapat mededahkan mereka dengan kemahiran dan juga komunikasi.

Sumber : Siti Zarinah Sahib, Harian Metro, 26/2/2019