Tips Hilangkan Bau Busuk Dalam Peti Ais

KEBIASAANYA apabila balik dari percutian yang panjang dan peti ais dibuka mulalah terdapat beberapa bau kurang menyenangkan hingga menimbulkan rasa mual.

            Peti ais tempat menyimpan pelbagai jenis makanan terutama yang tidak mempunyai jangka hayat yang lama. Oleh itu, amat penting untuk sentiasa memantau dan membersihkan peti ais daripada makanan yang sudah tamat tempoh, seterusnya mengelak bau busuk memenuhi ruang peralatan elektrik itu.

            Berikut beberapa tips untuk memastikan peti ais sentiasa segar dan bebas bau memualkan.

  1. Sentiasa bersihkan peti ais dan lap air atau makanan yang tertumpah sebelum ia melekat dan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.
  1. Bagi kotoran degil, gosok soda penaik padanya dengan menggunakan kain lembap.
  1. Soda penaik juga boleh digunakan untuk menyerap bauan kurang menyenangkan dalam peti ais dengan cara membuka bekasnya dan diletakkan pada satu sudut dalam peti ais.
  1. Selain soda penaik bahan lain yang boleh digunakan untuk menyerap bau ialah kopi kisar yang dituang pada pinggan ataupun arang aktif.
  1. Setkan suhu petia ais yang optimum, terlalu tinggi akan menyebabkan makanan cepat rosak tetapi terlalu rendah akan menyebabkan pembaziran dari segi bil elektrik.
  1. Gunakan bebola kapas yang dibasahkan dengan vanilla dan letakkan di dalam peti ais untuk mendapatkan bau harum.
  1. Potongan lemon juga boleh diletakan untuk mendapatkan bau segar setiap kali peti ais dibuka.
  1. Jangan simpan makanan terlalu lama, sebaliknya guna dalam tempoh beberapa hari dibeli, bagi mengelak pembaziran apabila ia rosak dan mengeluarkan bau busuk.
  1. Keluarkan dan buang makanan yang sudah hamper tamat tempoh atau sudah menunjukkan tanda rosak.
  1. Gunakan oat kerana ia boleh menyerap sebarang bau.
  1. Sekiranya terdapat tumpahan makanan atau minuman yang mengeluarkan bau, selepas ia dibersihkan, lap sekali lagi kawasan itu dengan kain yang dibasahkan dengan jus tomato, sebelum dilap sekali lagi menggunakan air suam.
  1. Bagi memastikan peti ais segar, lap dengan cuka untuk menghilangkan minyak dipermukaan.
  1. Bagi mengelak bau makanan berpindah kepada makanan yang lain atau mencemarkan kesegaran peti ais, simpan semua makanan dalam bekas kedap tertutup.

Baca : Pemakanan Anak- Anak Bukan Setakat Lazat Dan Berkat

  1. Ais juga boleh disimpan di dalam bekas tertutup bagi mengelak bau makanan laut terlekat padanya.
  1. Roti tidak harus disimpan di dalam peti ais kerana sifatnya yang menyerap bau, menjadikan ia tidak begitu menarik untuk dimakan sebaik dikeluarkan dari peti ais.
  1. Tandakan tarikh beli dan tamat tempoh setiap makanan pada bekasnya supaya ia tidak perlu disimpan lama. Bukan saja bau dapat dihindarkan, peti ais juga tidak menjadi terlalu padat, sekali gus suhu kekal sejuk.
  1. Sekiranya suhu menurun mendada, dapatkan orang yang betul untuk membaikinya dengan kadar segera.

Sumber : Harian Metro

Leave a Reply