Cara Nak Tingkatkan Keyakinan Diri

Perasaan rendah diri dan tidak yakin untuk melakukan sesuatu tugas atau ketika berhadapan dengan orang lain sering terjadi pada sesetengah orang.

Disebabkan perasan rendah diri ini, mereka sering mengelak bercakap di khalayak ramai serta agak cemas apabila ditugaskan untuk melakukan sesuatu.

Mereka lebih selesa menyendiri dan bersifat terlalu pendiam. Bagaimana caranya untuk berubah dan menjadi lebih yakin seperti rakan lain.

Kesedaran untuk berubah asas utama ke arah perubahan tingkah laku lebih progresif. Namun, kesedaran akan memberi impak apabila disusuli dengan kaedah yang pelbagai dan usaha tanpa jemu.

Dalam aspek ini, perubahan tingkah laku sebaiknya berlaku secara berperingkat dan berterusan agar mewujudkan personaliti yang kukuh. Berikut langkah yang boleh dilakukan untuk meningkatkan keyakinan diri:

  • Kenal pasti situasi di mana anda cepat berasa takut atau tidak yakin diri. Perihal ini penting bagi membantu anda jelas dengan situasi itu dan mengambil langkah mengatasi masalah kurang yakin diri.
  • Kenal pasti perasaan yang membuatkan anda tidak yakin seperti takut, cemas, gugup atau gementar. Perasaan ini menggangu fokus ketika melakukan sesuatu tugasan di khalayak ramai.
  • Membina hubungan dengan orang lain menerusi komunikasi, sapaan, menegur, dan sebagainya. Komunikasi bukan lisan juga adalah kaedah terbaik untuk menyapa orang lain. Sedikit sebanyak ia meningkatkan keyakinan diri apabila anda mulai kenal lebih ramai orang. Suasana selesa dengan kenalan yang ramai juga membantu untuk lebih yakin.

Baca : 20 Cara Buang Sifat Perasaan Pemalu dan Pendiam

  • Membuat persediaan yang rapi sebelum melakukan sesuatu tugasan adalah kaedah yang selamat untuk anda. Selain memberi fokus kepada topik yang berkenaan, anda juga akan lebih mahir dengan apa yang ingin dibentangkan. Tidak jelas dengan apa ingin dilakukan menjadi penyebab kepada kegagalan seseorang individu dalam menyampaikan pembentangan sesuatu topik atau tugasan diberikan. Persiapan rapi dari segi bahan, bacaan dan pengetahuan adalah penyelamat untuk diri anda. Lakukanlah sebelum terlambat.
  • Berkaitan rapat dengan persediaan rapi ialah kendiri sebelum tarikh yang sebenar. Ini membolehkan anda mempunyai persediaan dari segi mental dan emosi serta gambaran situasi yang bakal ditempuhi. Latihan boleh dilakukan secara persendirian ataupun mendapatkan bantuan daripada teman rapat untuk menilai cara gaya penampilan dan penyampaian anda. Sebarang kekurangan yang wujud boleh diatasi secara lebih efektif.

Baca : 8 Tips Sebelum Berucap di Khalayak Ramai

  • Sedari sikap yang tidak membantu iaitu berasa lemah dan lebih selesa menyendiri. Keadaan ini membri sedikit pun tidak membri kesan positif kepada anda. Maka apa yang ditunggu lagi? Lakukan sesuatu untuk lari daripada kebiasaan menyendiri. Ternyata banyak perkara yang boleh dilakukan untuk membangkitkan suasana harmoni dan damai dalam diri anda. Manfaatkan masa yang terluang untuk aktiviti bersesuaian.

Sumber : Harian Metro