8 Langkah Kerja Bergaji Pun Berpahala

Posted by

Ikhlas ialah meletakkan matlamat akhir bagi setiap perkara yang dilakukan demi ketaatan kepada allah dan mengharap reda- Nya. Ittiba’ al – Sunnah pula ialah prinsip mengikut sunnah Rasulullah dalam setiap aspek; semangat, tatacara dan akhlak.

            Kedua – dua “I” ini sepatutnya bergandingan. Barulah kerjaya bergaji pun berpahala. Ikhlas tanpa ittiba’, bertolak amalan. Ittiba’ tanpa Ikhlas, sia – sia perbuatan.

MENGGAMIT KEIKHLASAN

Keikhlasan  boleh dibina dengan banyak pendekatan, asal matlamat akhir demi ketaatan kepada Allah, antaranya:

  1. Bermotivasi Ganjaran Allah

Ibn Umar bercerita, pada satu hari Rasulullah bersabda: “Siapa yang sanggup menghantar suratku kepada pembesar Rom?” Sehingga tiga kali Rasulullah bertanya. Kemudian Baginda berkata: “Sesiapa yang pergi, baginya syurga!”

            Seorang lelaki Ansar menyahut: “Saya akan pergi, dan adakah untuk saya syurga sekiranya saya meninggal dunia ketika itu?”. “Ya, bagimu syurga sekiranya kamu menghantarnya. Sama ada kamu dibunuh atau mati (sebab selain dibunuh) maka telah wajib syurga untukmu!” (Riwayat al – Tabarani)

  1. Kerana Allah Dan Rasul-Nya suka

Contoh : berpakaian kemas dan menjaga penampilan diri dengan niat kerana Allah suka kecantikan. Bersenam dan bersukan kerana Mukmin yang kuat lebih Allah sukai berbanding Mukmin yang lemah.

  1. Demi Tanggungjawab Lain.

Contohnya: Bekerja untuk dapat untuk menyara keluarga kerana menyara keluarga itu wajib. Berniaga untuk kaya semoga boleh menolong orang miskin.

MENYEMAI ITTIBA’

            Agar perkerjaan menjadi berpahala disamping bergaji, sunnah – sunnah Nabi berikut mesti disemai:

  1. Tekun, Bersungguh – Sungguh

“Sesungguhnya Allah suka apabila seseorang melakukan sesuatu pekerjaan, dia itqan (tekun, teliti, buat yang terbaik) (Riwayat al – Tabarani)

  1. Memberi Manfaat Kepada Orang Lain.

“Manusia yang paling disukai Allah ialah yang paling banyak memberi manfaat. Amalan yang paling disukai Allah ialah kegembiraan yang kamu bawakan untuk saudara Muslim, atau melenyapkan penderitaannya, atau melangsaikan hutangnya, atau menghilangkan kelaparannya.

  1. Berakhlak Mulia

“Sesungguhnya orang yang muflis daripada kalangan umatku ialah sesiapa yang pada hari Kiamat kelak datang dengan pahala solat, puasa, zakatnya. Sedangkan dia dahulu pernah mencaci orang, menuduh seseorang dan memakan hak orang.

            “Lalu diagihkan pahala kebaikannya  pada orang itu dan orang ini (yang dia  pernah aniayai). Sekiranya pahalanya telah habis sebelum langsai hutang kesalahannya, maka diberikan kepadanya bahagian – bahagian dosa mereka yang telah dia aniayai, lalu dia dihumban ke neraka!” (Riwayat ahmad)

  1. Yang Haram Dihindari

Contoh: Menzalimi, menyakitkan hati saudara Muslim, rasuah, khianat, melaga – lagakan orang dan sebagainya.

  1. Yang Wajib Tidak Diabai

Contoh: Melewat – lewatkan solat tanpa uzur atas alas an sibuk bekerja, mengabaikan masa bersama isteri dan anak – anak dan sebagainya.

HANYA DENGAN  8 LANGKAH MUDAH.

Sayang sekali tidak mengambil peluang yang ada untuk menggandakan nilai gaji kepada pahala.

Sumber : Majalah Solusi

Leave a Reply