Nak anak kuasai tambah tolak darab bahagi dalam matematik?

“AKHIRNYA ADA JUGA BUKU LATIHAN MATEMATIK YANG BETUL BETUL BERKESAN!!”

Apakah buku latihan M.C Mathematics?
M.C Mathematics adalah singkatan nama bagi Mind Counting Mathematics, iaitu Teknik mengira menggunakan minda tanpa perlu menggunakan jari.

Apakah fungsi buku latihan M.C Mathematics?
Sebuah buku latihan yang direka khas untuk melatih murid menguasai Teknik Mind Counting. Di dalamnya terdapat panduan dan latihan yang perlu dihabiskan oleh murid.

Apakah kelebihan Mind Counting?
Kelebihannya ialah :
1. Dapat mengira dengan lebih pantas
2. Meningkatkan keyakinan sewaktu mengira
3. Dapat menjimatkan masa menjawab soalan
4. Meningkatkan keupayaan otak
5. Memupuk sifat tidak putus asa dan rajin

Adakah penting untuk menguasai Mind Counting?
Penting, kerana tujuan utamanya ialah untuk mengira dengan lebih pantas dan betul. Murid perlu menguasai Teknik ini kerana :
1. Mereka tidak dibenarkan menggunakan kalkulator. Mereka perlu menggunakan keupayaan diri sendiri untuk mengira,terutamanya apabila melibatkan sifir dan pembahagian dalam masa yang telah ditetapkan.
2. Masa peperiksaan yang sangat terhad. Kertas 1 ada 40 soalan,perlu disiapkan dalam masa 1 jam,bermakna 1 soalan perlu diperuntukkan 1.5 minit atau 90 saat sahaja.
3. Pengiraan yang memerlukan asas yang sangat kukuh. Murid perlu menguasai asas yang ada di dalam teknik Mind Counting kerana setiap topik dalam Matematik memerlukannya.
4. Supaya murid dapat menjawab soalan peperiksaan dengan pantas,dan seterusnya dapat menyemak kembali jawapan supaya tidak ada kesilapan.

Adakah M.C Mathematics susah untuk dikuasai?
Tidak susah kerana aspek utama untuk menguasai Teknik ini ialah kerajinan dan pemantauan daripada ibubapa dan guru. Namun ianya bukan Teknik yang dapat dikuasai dalam masa yang cepat, seperti sehari atau seminggu. Buat latihan secara konsisten,pasti akan dapat kuasai Teknik Mind Counting.

Bagaimana nak dapatkan buku Mind Counting ini?
Sila klik dibawah untuk dapatkan pembelian buku ini.

Leave a Reply