PRESTASI MASIH LAGI MEROSOT!

“Anak saya rajin juga belajar. Tetapi prestasinya masih merosot. Saya sendiri pun tak faham mengapa”

Luahan ibu bapa tentang anaknya

Pernahkah anda mengeluarkan kata-kata begitu kepada anak anda sampai anda sendiri pun tak faham kenapa jadi begitu. Tahukah anda, situasi begini selalu juga berlaku kepada ibu bapa yang nampak anaknya rajin belajar, pergi ke tuisyen, pergi ke sekolah tambahan tapi prestasi tetap sama dan merosot. KENAPA??

Menurut kata-kata daripada Dr Shukri Abdullah PhD,

“Semua pelajar bijak, cuma sesetengahnya faham, sesetengahnya kurang faham dan yang lain pula mungkin langsung tidak faham apa yang dipelajari. Bukanlah kerana sesetengahnya bodoh, dan sesetengahnya bijak.”

Dr Shukri Abdullah, PhD

Dengan banyaknya luahan ibu bapa tentang masalah ini, hasil kajian yang dibuat oleh Dr Shukri Abdullah yang akhirnya telah memperkenalkan SATU STRATEGI BELAJAR yang dinamakan sebagai

S.A.T.U

Apa itu S.A.T.U?

S.A : Sedia Awal

T : Tumpuan

U : Ulangkaji

SEDIA AWAL : Ya, pelajar perlulah bersedia lebih awal dengan boleh melihat tajuk-tajuk yang tersenarai atau tajuk yang bakal diajar oleh cikgu di sekolah. LEBIH BAGUS, sekiranya ibu bapa juga menerangkan juga apa topik-topik yang akan disampaikan oleh guru atau menerangkan topik yang ada dalam subjek.

Dengan persediaan ini, pelajar akan lebih bersedia untuk masuk kelas dan mudah untuk faham apa yang diajar.

TUMPUAN : Menurut Dr Shukri Abdullah, cara terbaik untuk memastikan anak-anak memberi tumpuan adalah :
a) Mengingatkan merekan tiap-tiap hari kepentingan memberi tumpuan
b) Membantu mereka membuat persiapan awal sebelum ke kelas kerana pelajar yang telah membaca tajuk sebelum ke kelas akan lebih teruja untuk memberi tumpuan kepada guru ketika guru mengajar

ULANGKAJI : Ulangkaji wajib dilakukan oleh pelajar selepas apa yang mereka pelajari di sekolah. Ini kerana anak anda bukan sahaja faham selepas apa yang diajar tetapi juga dapat MENGINGAT LEBIH BAIK apa yang dipelajari. Oleh itu, ibu bapa boleh bantu anak-anak dengan setkan masa atau jadual untuk mengulangkaji semula.

Ada 3 cara ulangkaji yang dikongsikan oleh Dr Shukri Abdullah iaitu :-
a) Selepas anak anda belajar di sekolah pada siang harinya, pastikan anak anda MENYEMAK DAN MEMBACA SEMULA perkara yang telah dipelajari pada siang tadi

b) MENYIAPKAN KERJA RUMAH yang diberikan oleh guru selepas selesai sesi persekolahan. Ini kerana otak masih lagi segar dan baru sahaja belajar tentang topik tadi, oleh itu, apabila anak anda buat terus kerja rumah, anak anda akan lebih mudah faham dan dapat tahu mana yang susah dan senang dalam soalan yang diberikan

Itu sahaja sesi perkongsian daripada Dr Shukri Abdullah PhD. Semoga dapat memberi manfaat kepada anda dan anak-anak anda.

Kepada ibu bapa yang bertanya tentang tuisyen, sila LIKE, FOLLOW, SUBSCRIBE :
a) FACEBOOK : https://bit.ly/36hNVOr
b) INSTAGRAM : https://bit.ly/368RPt1
c) YOUTUBE : https://bit.ly/2WHhiq6
d) TELEGRAM : https://bit.ly/2TjrJ1c

Leave a Reply

× Whatsapp Kami