Disebabkan penyakit virus COVID19 yang menjadi pandemik di seluruh dunia, pergerakan kita menjadi lebih terbatas dan tidak dibenarkan keluar ke mana-mana serta kita mesti mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan iaitu memakai topeng muka, penjarakkan sosial dan duduk dirumah.

Sejak COVID19 melanda seluruh negara, kerajaan telah melaksanakan PKP yang menyebabkan semua sekolah terpaksa ditutup bagi mengelakkan penularan wabak penyakit ini terus tersebar. Walaupun sekolah ditutup disebabkan PKP, proses pembelajaran tetap diteruskan dengan menggunakan teknologi yang sedia ada. Ada banyak platform teknologi yang kita boleh gunakan agar proses pembelajaran tetap diteruskan. Antara yang kita boleh meneruskan proses pembelajaran adalah melalui Kelas secara Online LIVE.

Ada banyak platform yang kita boleh gunakan untuk belajar secara online LIVE bersama guru kita. Antara yang kita boleh gunakan adalah Zoom, Google Meet, Webex, Microsoft Teams dan lain-lain.

Oleh itu, berikut adalah 5 kelebihan belajar secara online dikongsikan untuk memastikan proses pembelajaran anda diteruskan sepanjang PKP dilaksanakan di seluruh negara.

Jadi apakah kelebihan belajar secara online?

1. Masa yang fleksible

Dengan adanya kelas online, masa anda akan menjadi lebih bebas dan boleh belajar pada bila-bila masa. Walaupun anda perlu tonton secara LIVE mengikut masa tetapi selepas itu anda boleh tonton semula untuk ulangkaji pelajaran. Sekiranya kelas face-to-face, anda perlu bersiap terlebih dahulu sebelum ke kelas dan perlu hadir ke kelas mengikut jadual masa tertentu.

2. Lokasi yang fleksible

Belajar secara online adalah lebih mudah kerana anda boleh belajar dari rumah sahaja tanpa perlu bersiap ke lokasi. Sekiranya kelas face-to-face, anda perlu bersiap dan perlu ada kenderaan ke lokasi.

3. Menjimatkan wang

Kelas online juga anda dapat menjimatkan wang anda kerana anda tak perlu mengeluarkan kos pengangkutan untuk hadir ke kelas selain yuran kelas juga kebanyakkan akan diberikan diskaun.

4. Memudahkan Ulangkaji

Proses ulangkaji juga menjadi semakin mudah kerana anda boleh ulangkaji semula pada bila-bila masa dengan menonton semula video rakaman anda bersama guru.

5. Games yang Menarik

Melalui kelas secara online juga ia memudahkan guru untuk memberikan platform atau permainan pembelajaran yang menyeronokkan semasa kelas secara online seperti Kahoot, Quizziz dan sebagainya. Sekiranya kelas face-to-face kadangkala guru tidak ada kemudahan laptop atau projektor di kelas untuk bermain game sambil belajar. Dengan adanya permainan ini, pelajar akan rasa seronok belajar secara online sambil bermain.

6. Belajar menggunakan ICT

Tahukah anda? Dengan belajar secara online juga, secara tidak langsung anda akan belajar cara menggunakan komputer/laptop/smartphone anda dengan lebih mahir seperti memasukkan gambar, attach words, klik pada button-button yang diperlukan, cara nak connect internet dan sebagainya. Selari dengan teknologi yang semakin berkembang, secara tidak langsung kita sudah mahir menggunakan teknologi ICT. Bayangkan sekiranya tiada kelas online, pasti kita tidak tahu cara bagaimana cara-cara menggunakan ICT.

7. Pembelajaran lebih mudah

Gaya penyampaian dalam proses pembelajaran akan menjadi lebih mudah kerana guru boleh tunjukkan jalan kerja dengan menggunakan annotation (conteng-conteng di screen) boleh tunjukkan direct ke kertas-kertas ujian. Selain, anda juga boleh save terus hasil jalan kerja atau guru boleh berikan terus cara jalan kerja dengan berikan secara link atau pdf. Sekiranya kelas face-to-face, guru perlu menyalin whiteboard atau perlu menyalin soalan kertas ujian semula jadi ini menyebabkan proses pembelajaran menjadi lebih lambat.

Anda mencari Kelas Online untuk anak anda subjek SPM?

Akademi Super ada menawarkan kelas tuisyen secara online untuk Tingkatan 5, iaitu program WARRIOR dan program ELITE. Apakah program online tersebut. Sila klik dibawah.

PROGRAM WARRIOR

 

PROGRAM ELITE

 

SEMINAR ONLINE SPM

Jom hadiri seminar online SPM khusus untuk subjek teras SPM. Klik dibawah untuk info lanjut dan pendaftaran

SEMINAR ONLINE SPM

Leave a Reply

× Whatsapp Kami