3 Sebab Kenapa Belajar Matematik Susah - Akademi Super

3 Sebab Kenapa Belajar Matematik Susah

Ramai pelajar tertanya-tanya kenapa matematik ni subjek yang susah lagi-lagi subjek Matematik Tambahan. Masa sekolah rendah ok, rasa senang tapi bila masuk sekolah menengah kenapa rasa susah.

Cikgu Afiq, pengasas Akademi Super akan kongsikan 3 sebab antara kenapa belajar matematik susah.

  1. TIDAK FAHAM KONSEP ASAS

Pelajar tidak memahami konsep asas dalam matematik, jika ada kerja rumah, kebanyakan akan meniru, dan buat janji siap. Elakkan sikap begini, kerana ini boleh menjadi tabiat nanti dan seterusnya mendapat markah yang tidak bagus.

Sebab itu, apabila mahu belajar matematik pelajar akan berasa susah dan malas sebab tidak tahu konsep asas.

Boleh hendak meniru, tetapi dengan syarat hendaklah berbincang dan mengetahui cara menjawab soalan.

2. MALAS MEMBUAT LATIHAN

“ALAA,SUSAHLA MATH..MALAS LA..”
“BANYAKNYA LATIHAN, MALAS LA BUAT..TIRU JER..”


Elakkan sikap malas dalam diri anda, jika ada kerja rumah, anda hendaklah terus buat dan siapkan.

JANGAN BERTANGGUH!!

Ini menyebabkan anda menjadi malas dan meniru sahaja. Jika tidak faham, tanya kawan, guru sekolah, atau pensyarah jika mereka sibuk, tanya ibu bapa, jika sibuk juga, usahakan diri anda untuk bertanya sehingga faham dan faham.

3. MALAS BERFIKIR

Matematik memang memerlukan latihan dan berfikir untuk menjawab soalan.

Memang betul, kebiasaan mula-mula pelajar akan berasa susah dan malas belajar tetapi apabila sudah berjaya menyelesaikan masalah dan berjaya menjawab soalan, ini akan menyebabkan pelajar akan berasa sangat seronok. Dan seterusnya pelajar akan terus belajar, belajar dan belajar matematik kerana seronok berfikir menyelesaikan dan menjawab soalan.

Oleh itu, susah mana pun, anda teruskan juga latihan. Jangan putus asa!!


Ingat jika sentiasa berfikir selalu, lama-kelamaan kita akan menjadi seorang yang kreatif, bijak dan boleh menyelesaikan masalah dengan mudah.


Anda nak dapatkan ebook secara PERCUMA Rahsia Belajar Matematik dari Cikgu Afiq?
KLIK SINI SEKARANG untuk dapatkan Ebook

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *