Masalah Pelajar Dalam Matematik - Akademi Super

Masalah Pelajar Dalam Matematik

Matematik merupakan salah satu matapelajaran yang teras dalam sistem pembelajaran Malaysia. Mengikut statistik oleh KPM untuk SPM 2018 dan 2019, subjek matematik telah mengalami penurunan prestasi. Oleh itu, tidak hairanlah ramai pelajar yang mengalami masalah dalam subjek matematik.


Antara masalah yang dihadapi oleh pelajar ketika menjawab soalan matematik adalah :-
a) Masalah untuk menghafal dan mengingat formula
b) Masalah menyelesaikan masalah berbentuk ayat (problem solving)
c) Masalah sering terlupa cara jawab
d) Masalah tidak faham konsep asas
e) Masalah susah dan tidak faham dengan apa yang diajar

Kita juga dapati ada juga pelajar yang minat terhadap matematik, tetapi mendapat markah yang mengecewakan.
MASALAH PELAJAR DALAM MATEMATIK


Adakah disebabkan cara belajar matematik yang kurang berkesan?
Cara pergaulan bersama pelajar lain memberi kesan cara kita belajar matematik?


Ini belum termasuk pelajar yang tidak suka dengan subjek matematik. Mereka sudah tentu tidak minat untuk belajar matematik sebab tidak faham dengan apa yang diajar. Lama-kelamaan pelajar ini menjadi malas untuk belajar matematik dan seterusnya mendapat keputusan yang mengecewakan.

Tetapi dengan cara belajar yang betul dan berkesan, walaupun tidak faham dengan cikgu ajar, pelajar ini pasti akan berasa seronok belajar matematik jika diberikan teknik dan cara yang betul. Masalah-masalah KENAPA PELAJAR INI TIDAK MINAT MATEMATIK ini adalah disebabkan :-

a) Tidak faham konsep asas

b) Tidak suka cara guru mengajar

c) Fikir negatif

d) Tidak suka mengira

Itulah alasan yang diberikan oleh kebanyakkan pelajar kenapa mereka tidak minat matematik. Nak ubah jadi minat matematik, anda teruskan membaca ebook ini sehingga habis dan Insya-Allah, dengan usaha anda setelah membaca ebook ini sehingga habis, anda akan dapat belajar matematik dengan lebih seronok dan mendapat keputusan yang cemerlang.


Gambar dimukasurat sebelah menunjukkan masalah pelajar ketika belajar matematik atau ketika dalam kelas. Sekiranya anda menunjukkan tanda-tanda seperti dibawah sila cepat-cepat beritahu pada cikgu atau ibu bapa, supaya mereka dapat kenalpasti masalah anda. Mereka akan bantu dan beritahu bagaimana nak perbaiki anda untuk skor dalam matematik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *