Selepas sekian lama pusat tuisyen diadakan secara online sejak melandanya Covid-19, pusat tuisyen Akademi Super bakal membuka kelas secara bersemuka bermula Februari 2022 nanti dimulakan dengan pelajar Tingkatan 4 dan 5. Diikuti pelajar tahun 5, tahun 6, tingkatan 2 dan 3 bermula bulan Mac 2022 nanti.
Kelas bersemuka akan diadakan di Pusat Tuisyen Akademi Super di Seksyen U12, Shah Alam berhampiran dengan Seksyen 7 Shah Alam. Kepada pelajar yang tidak dapat hadir atas sebab faktor jauh, usah bimbang kerana pelajar yang duduk jauh boleh belajar secara online kerana kelas tuisyen ini akan diadakan secara hybrid iaitu serentak online dan bersemuka.
Cikgu Afiq, pengasas Akademi Super juga berkata dengan kelas bersemuka akan dibuka nanti, diharap pelajar dapat menggunakan peluang yang ada untuk hadir dan belajar bersungguh-sungguh semasa kelas bersemuka diadakan nanti, tambahan lagi diharapkan pelajar yang hadir juga sudah lengkap 2 dos vaksin sepertimana yang diarahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Pusat Tuisyen Akademi Super juga akan mematuhi SOP yang ditetapkan oleh KPM apabila kelas bersemuka diadakan nanti. Berikut adalah video cara mematuhi SOP yang akan dilaksanakan di pusat tuisyen nanti.