Tentang Kami
Lebih 1120 pelajar sertai kami sejak 2015

Akademi Super menawarkan kelas tuisyen dan seminar kepada pelajar sekolah rendah dan menengah yang terletak di Seksyen U12, Shah Alam, Selangor.
Akademi Super adalah sebuah pusat tuisyen yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan dibawah akta pendidikan 1996 dibawah nama Pusat Tuisyen Aspirasi Suria (BZ2H500).
Subjek-subjek ditawarkan adalah khusus untuk KSSR dan KSSM mengikut silibus sekolah Malaysia.
Akademi Super ditubuhkan bermula Disember 2014 oleh Cikgu Afiq dengan objektif utama adalah membantu pelajar untuk menaikkan akademik dalam pelajaran dan bantu kuasai subjek-subjek yang diambil untuk mencapai cemerlang.
Lebih 190 orang pelajar yang mendaftar pada tahun 2015 dan rata-rata ramai pelajar yang menujukkan peningkatan dalam subjek yang diambil sehingga melebihi 70% pelajar yang hadir dan mencapai kenaikkan dalam akademik.
Antara pencapaian terbaik adalah semua pelajar mendapat A dalam subjek Matematik dan Sains dalam SPM dari tahun 2015 sehingga 2019.
Meningkatkan prestasi pelajar pada setiap 3 bulan dalam setahun
Menyediakan PNP mengikut silibus terkini dengan lebih menarik, berkualiti dan efektif selari dengan perkembangan pendidikan abad ke-21