Tips Belajar Online Secara Efektif - Akademi Super

Tips Belajar Online Secara Efektif

Kini trend belajar tuisyen secara online menjadi permintaan daripada ibu bapa atau pelajar terutama sejak Covid-19 yang melanda pada tahun 2020. Malah pelajar juga ada yang lebih suka belajar secara online kerana tidak perlu bersiap-siap, fleksibel dan belajar dari rumah sahaja.

Tetapi? Adakah belajar online ni efektif?

Ikuti perkongsian daripada Cikgu Afiq, pengasas Akademi Super tentang bagaimana menjadikan pembelajaran secara online lebih efektif dan berkesan.


PERTAMA : Siap sedia buku dan alat tulis di sebelah.

Untuk menjadikan efektif semasa belajar online, pastikan anda sediakan buku kosong atau alat tulis disebelah, jadikan ia sama juga dengan hadir secara bersemuka. Bila anda tak sediakan, anda akan menjadi malas untuk menulis, menyalin dan tak buat kerja. Anda hendaklah DISIPLIN dan JANJI pada diri untuk buat kerja apa yang cikgu suruh walaupun cikgu tak nampak dan tak tahu apa yang anda hendak buat disebabkan secara ada batasan secara online.

Elakkan screenshot dengan apa yang cikgu conteng di whiteboard screen. Pastikan anda salin apa yang cikgu tulis di whiteboard screen tersebut. Ini kerana sambil menyalin secara tak langsung anda juga boleh ingat dan tahu apa yang anda belajar.

KEDUA : Jadual

Pastikan anda semak dan lihat jadual bila kelas anda bermula. Ini supaya anda lebih bersedia untuk sesi pembelajaran seterusnya dengan persediaan alat tulis dan buku-buku yang perlu.

KETIGA : Buka Video dan Mute

Untuk pembelajaran yang lebih efektif dan fokus, anda hendaklah sentiasa buka video supaya anda tak rasa rileks dan anda boleh fokus semasa belajar. Lihat cerita TV DIDIK dalam sesi bersama guru, adakah mereka tutup video? Pastinya tidak bukan, dan mereka juga sangat serius belajar dengan persiapan mic dan latar belakang rumah yang tidak mengganggu supaya lebih fokus.

Dan pastikan juga anda mute semasa belajar melainkan diperlukan untuk bercakap supaya tak mengganggu bunyi-bunyi di rumah yang diluar jangka.

KEEMPAT : Buat Nota

Pastikan anda salin nota samada sedang kelas atau selepas kelas, supaya anda ambil tahu apa yang anda belajar hari ini. Dengan online sekarang, ia patut lagi mudah kerana anda boleh taip sahaja nota di komputer dengan apa yang cikgu ajar atau anda salin terus apa yang cikgu katakan.

KELIMA : Rehat secukupnya

Yang terakhir adalah pastikan anda rehat secukupnya samada sebelum kelas atau semasa kelas. Kadang sekolah secara online anda akan belajar straight masa jadual betul? Jadi dimasa yang terluang semasa cikgu tengah bagi latihan atau cikgu bagi rehat anda boleh pergi ke tandas, minum air, makan makanan ringan atau senaman ringan. Ini bagi memastikan anda tidak lenguh duduk selamanya dan segar apabila masuk belajar secara online. Pastinya cikgu juga perlu rehat secukupnya semasa mengajar, apatah lagi pelajar. Jadi sebelum kelas atau semasa kelas, apabila perlunya anda rehat, pastikan pergi berehat sekejap dalam 3-5 minit.


Itulah perkongsian oleh Cikgu Afiq bagi memastikan pelajar terus bermotivasi dan tidak penat belajar secara online. Kadang apabila belajar secara online terlalu lama akan menyebabkan exhaust atau mental dah penat. Jadi, anda boleh ikuti apa yang cikgu Afiq kongsikan sebagai peringatan kepada pelajar juga agar tidak terasa penat.

Kesimpulannya juga, persediaan sama seperti kelas secara bersemuka cuma ianya dibatasi oleh jauh dan secara online sahaja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *